Wednesday, March 17, 2010

perihal housemates.

housemate gar-ish.

garang + ish = gar-ish
yang garang nie bukan 24 jam garang.. tapi dah memang die garang lah.
ayat ayat pasti dari mulut die "ishh...pe diaaa???".. " ang gilaa??".."ishhh...xdak gheja?"...
yang pasti hosemate begini tak berkira untuk makan. maksudnya di sini, dia seorang yg banyak makan. memandangkan tenaga yang diperlukan banyak untuk menjadi garang adalah tinggi.
ini bagus, kerana housemate ini senang untuk mintak tolong, n ditolong. saya suka housemate begini.

anda ada??.xde kan??..sy je ada housemate begini!..untung badan!..

tapi jaga jaga, housemate begini malas untuk masak, hanya rajin untuk makan.
housemate begini juga pentingkan kebersihan.di mana lepas masak, biarlah die kemas.pasti cuci calat.cuma, anda perlu kerah atau lambat siap la jawabnya!.hikhik!

housemate blur-ish

blur + ish = blur-ish
ok.housemate begini jenis yang blur blur. selalu tertinggal dan lost. sebab? housemate begini die kerap terbang.di mana mana pun die boleh terbang. tak payah beli tiket. terbang je trus. kadang kadang dah terbang jauh pun boleh patah balik pastu terbang balik.pelik bukan?.
tapi housemate jenis nie, rajin masak dan tidak menggunakan rules rules memasak sebaliknya hanya campak campak. housemate begini pada firasatku, boleh hidup dengan berniaga kedai makan. housemate jenis ini selalunya bertindak seperti kak long walaupun sebenarnya dia blur blur. untung bukan?.

anda ada??..xde kan??..sy je ada housemate begini!..untung badan!..

tapi jaga jaga, housemate begini perlu ditatang bagai orang ngntuk disondolkan bantal..kerana, tanpa housemate ini, mesti dapur tak berasap seperti asap kedai makan (banyak). sebaliknya hanya berasap seperti asap rokok (sikit).

housemate pink-ish

pink + ish = pink-ish
housemate pinkish ini lahir dari warna kesukaan pink nya. housemate begini suka kan perkataan "piang". contoh? "cantek piang" "pelik piang" "lawa piang" "sengal piang" "hitam piang" which telah memvariasikan penggunaan piang yang dulunya hanya terkenal dengan "kedekut piang". housemate begini, sukakan sardin. lauk kegemarannya sardin. housemate begini 24jam bersama hsetnya. paling best 24jam tu 23jam 50minit, bersembang dgn ibunya. (best kan?.aku tak reti nak mcm tu ng mak aku.silap2 die tnye, buang tbiat ka??). housemate begini ayu2, sopan2, lembut2..tapi housemate begini ayat2 nya agak kronik.perlukan guru bahasa untuk memartabatkan kembali bahasa Malaysia nya.

anda ada??..xde kan??..sy je ada housemate begini!..untung badan!..

tapi jaga jaga, housemate begini selalu migrain kalau ada kerja di tempat kerja. jadi, perlu support die untuk tido selepas kerja..kalau tak da kerja, die ok.housemate begini suka baca blog.tapi die takde blog.bila la die nak start tulis blog kan?..

housemate sor-ish.

sorang+ish. = sor-ish
housemate sor-ish ni adalah kerana keja sorang sorang.
yang jenis nie, waktu pertemuan hanyalah pagi2 dan malam malam.
mempunyai pekerjaan tetap yang akan berhenti. lagi busy.
housemate begini, lebih gemarkan ikot saja. apa pun tak pa.
dari analisa yang dibuat beberapa bulan ni, housemate begini telah bersedia mental n fizikal nya untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. (padahal sebab die mmg tunggu masa nak kawen dah..ahaha)

anda ada??..xde kan??..sy je ada housemate begini!..untung badan!..

housemate begini banyak menumbang.jadi jangan sia siakan apa yang disumbangkan.contoh?.blender.gunakan sepenuhnya!blend je apa yang boleh.nak blend baju bagi tujuan "perah baju nak keringkan air". itu je tak boleh!.tak muat blender!.hehe~!

tapi,
housemate2 ni walaupun lain ragam.
tapi tetap sama.
kenapa?
gelak kuat! berdekah dekah!
itulah perihal housemate.

0 comments: