THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, November 20, 2009

where do i begin?



dari semak serabut ini
berlari larian mengejar ini

dan akhirnya transform kepada ini
where do i begin?
to tell all the stories?





Saturday, November 7, 2009

How this weekend will end up like?



Lets pray
May God bless our day!

anyway,

allergic sudah semakin pulih.

my handphone keep on ringing.

Thursday, October 22, 2009

Semalam yang penat

Audit at 11pm.
site manager(with bleazer), executive site manager (without bleazer) and me

CEO
with the COO and company member

siangnya, saya dan beberapa kawan lain telah berkunjung ke sebuah kampung bersama sama dengan pihak hotel serta pegawai MADA untuk berbincang tentang projek yang akan dilaksanakan di sana bulan November nanti. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk pergi balik ke sana. Kami bertolak tepat jam 1:15 petang, dan sampai ke hotel semula jam 7:30 malam. dan saya bergegas untuk bersiap siap kerana company saya akan di audit jam 9 malam. Saya cuma ada masa setengah jam untuk melihat slide slide presentation saya yang sesungguhnya saya memang tak tahu nak cakap apa.
thanks to my roommate, kerana telah pinjamkan bleazernya yang besar itu,hahaha. (saya tak kurus okey duduk kat sini. terlalu banyak makanan!).

Joint Project Directors
having a discussion with orang kampung
somewhere near Kubang Pasu area at 4pm,yesterday.

kambing pun ada


with own lappy, company lappy, the orange socks.
they keep me accompanied every night!



thanks to all my company members for helping me preparing the slides for audit.
without you guys, sure semalam sesuatu yang membebankan!

semalam merupakan audit pertama kami. dan untuk audit pertama ini, lebih tertumpu kepada CEO company untuk menerangkan tentang hala tuju syarikat.pergh!bunyi macam gempak!..tapi tak senang okay, ketaq lutut nie nak cakap untuk sejam tue!..







Saturday, October 10, 2009

raining saturday

its raining. (again). and make me feel like SLEEPING is the BEST BUSINESS to deal today rather than thinking about my dream car. (ada dream car ke?). haven't receive the monthly allowance from PUNB yet. (lambat?lembap?). still on counting baju kurung which i guess the best attire to wear for the next 2 months. (alhamdulillah.at last, berguna baju baju aku!). but then, still need to put aside some of them which is "overlooking" to be wear for daily attire. (pulak!). tomorrow, they will driving to shah alam.visiting their new grandson, thaqif rizqi. (again). and will only be home after 2 weeks. (maybe?).starting tomorrow, i need to do follow up regarding my unpaid leave request. (owh no). still don't get approval from them. (tolong!). maybe it isn't the right time for me to go for a holiday. maybe i should focus on what i'm doing right now.(kan?).but then, how about the money??.(rugi ok!).maybe someone can replace me?.(in one condition,need to pay me back la!).em, and the most important thing is wedding.my shayang shayang weddings.(owh?!).i'm still in the middle of adjusting my time. (tersepit lagi?).this is the price that you have to pay, when you are working/undergoing training. (right?but, am i working?).its not as simple as escaping the class during study time.now,you have to apply for leave or you will be terminate.(tentu xmau kan?).i know, they will understand the situation well, but this is their once in lifetime happiest moment that they are dealing with.(insyallah.hopefully!).i will try my best for not disappointing them. but, thats the plan, and HE is the one who has all asnwer to it. (may God bless me)

having a Jumbo Breakfast which cost you RM5/plate. and by the time you want to pay, they give you RM2 discount. because of what?
a) u know the tokey well.
b)the tokey is ur ex-boyfried/girlfriend
c) ur "muka bangun tido" obviously!
d)the tokey got a crush on you
e) tokey have no enough money to give u for change.
f) u already pay RM2 before u eat.
g)u smile like crazy woman to the tokey
h) u ask for discount
i)u don't want to pay at all
j)u give negative feedback about Jumbo
k)u don't talk at all

and my answer will be
C. thank you!


stoking

dulu masa zaman zaman sekolah rendah, cukup malas nak cari stoking pagi pagi. selalu je mengalami masalah stoking tak sama jenis. tak sama "gu" bak kata orang kedah. pagi pagi sure mumy bising soh cari stoking.pastu mula la nak emo emo sebab stoking tu tak sama. sebelah ada belang belang sket.sebelah lagi kosong je.masa tu still pakai stoking putih. selalu saya suka stoking yang pendek.sebab macam best sket. saya kan pakai skirt masa p sekolah (pinafore dress). so bila pakai stoking yang tak panjang sangat tu mesti lebih cantek. (konon). lepas tu kalau pakai stoking panjang, dah jadi trend akan gulung2 biar pendek.bukan nak lipat lipat tapi gulung. (style konon?).hehe. tapi tu semua tak kekal.sekejap je.lepas tu kena tukar stoking itam. dah tak berapa nak bergaya. sebab kena pakai tudung (skarf) dan skirt labuh. jadi pengawas la katakan. so kena la tutup tutup jadi budak baik. tapi yang best masa raya dan masa nak amik piano exam. pergh.semangat bergaya dengan stoking yang macam jaring tue...yang panjang tue...haaa..bile p exam piano, pakai stoking tue, pakai dress sampai lutut, chewah..kalah pemain piano handal!.hahaha.(gaya je la, main biasa biasa je)

tapi tu semua dulu.

masa masuk secondary school plak, dah kena pakai balik stoking putih, sebab masa tu student biasa je kan. sama jugak, stoking pendek je saya suka. pagi pagi mesti nak gaduh dengan hanim tu stoking saya, tu stoking dia. selalunya, bila yang tak sama jenis tu hanim nye lah.sebab saya jenis yang siapkan barang saya siap siap tiap tiap malam, senang esok pagi bangun lambat, semua dah ready.hahaha.
lepas tu masuk sekolah teknik..ha..ini yang best!.sebab kat sekolah teknik.student biasa pun pakai kasut hitam!.tapi stoking rasa nya stoking putih kot?.then bila jadi pengawas baru pakai stoking hitam. tapi macam biasa, saya kena la pakai stoking hitam masa form 5. jadi pengawas la katakan.hahaha.stoking stoking masa tu ada 2 3 pasang je. bukan nak pakai p mana pun, pakai p sekolah je.

tapi tu semua dulu.

lepas masuk diploma, stoking saya masih berguna, sebab saya suka pakai kasut p clas. saya pakai sneakers, nike dan adidas kegemaran saya ketika itu. tak pun saya pakai kasut but tinggi tinggi tue.masa tu vogue2 la..p class macam nak jadi model.tapi amik engineering.hahaaha..

tapi tu semua dulu.

bila masuk degree pulak, semua tu saya tinggalkan.saya lebih sukakan sleeper jepun serta sleeper bodoh bodoh yang lain.juga kasut clarks saya. (dah rosak,dah ilang.sob.sob). stoking kalau ada tu, kira bertuah jugakla ada sepasang.

tapi tu semua dulu.

sekarang nie, saya pakai stoking tiap tiap malam.
kenapa?
sebab saya tak tahan sejoooooook!.hahahaha~!
nasib baik saya ada banyak stoking sekarang. hasil belian masa internship tahun lepas. sebulan sepasang.8 bulan.8 pasang. before start tu dah ada 4 pasang!hahahaha.ingatkan dah tak berguna lepas tinggalkan kilang tue, nampaknya nasihat doktor itu dituruti, kerana sejuknya sampai ke tulang!hahaha.

kisah stoking berakhir di sini yea.

Friday, October 9, 2009

kuasa

bila kuasa the red shark menguasai dunia white eagle.
hanya ini yang terungkap " you belong to me".
tapi bila ada tahi tahi kumbang yang menyerang,
white eagle mula berasa payah untuk teruskan langkah. langkah untuk mengharungi tahi tahi kumbang yang sengaja menghalang kerana mereka tahu white eagle pasti tak suka berjalan pada laluan yang dipenuhi tahi kumbang.tetapi pada red shark, itu tidak memberi sebarang cabaran.disuruhnya white eagle melangkah tanpa perlu mempedulikan tahi tahi kumbang yang berkeliaran.terpaksa white eagle buat buat tak nampak demi mencapai destinasi yang dituju.
kuasa
red shark semakin hari bagaikan semakin membara.terpancar di setiap keliling sudut hidup white eagle. hingga membuatkan white eagle terasa selamat dikelilingi kuasa red shark. white eagle masih terbang di laluan yang kosong dan luas terbentang, sambil diperhatikan oleh red shark dari dalam kamar biru terbentang luasnya. walaupun white eagle takut keseorang nun jauh di atas, namun white eagle masih terasa selamat, kerana tahu red shark sedang memerhatikannya dari bawah.

tapi
pastikah kuasa
red shark akan bertahan?
sampai bila?

yea, pasti
selagi tahi tahi kumbang itu tidak diendah oleh
white eagle

dunia bagai merestui. tapi ketentuannya bagaimana?
mereka berkata,
jangan di padamkan kuasa yang sedang membara.

red shark akan terus bermain di minda white eagle.
selagi kuasa terus membara.
tentu white eagle akan terasa secure sentiasa.

syioknye!
nak macam tu jgak....aaaaa...xaci nie~!heeeeeeeeeee!



Thursday, October 8, 2009

calar

calar. semua orang tentu tak suka bila handphone baru beli tiba tiba ada calar. tu baru handphone.belum lagi kereta.bila kereta baru beli calar, lagi la..bising satu dunia..cari kesalahan semua.siapa calarkan kereta siapa?. kalau laptop calar?.sama saja tindakannya.mesti akan cari kesalahan diri atau kesalahan orang lain.
tapi apa yang akan anda buat, bila reputasi anda tercalar?.tercalar dek kerana perbuatan sendiri ataupun calar kerana dengki khianat dari orang lain?.tapi biasanya, lumrah manusia bak kata pepatah, gajah di depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang laut nampak pulak kan?.tidak tahu nak nilai diri sendiri, sebaliknya nak salahkan orang lain saja. kalau anda rasa reputasi diri sedikit tercalar dek kerana perbuatan sendiri, mengaku sajalah.ada orang lain kisah?.tidak, bukan?.malah, tak ada siapa siapa yang tahu. cumanya sekarang, sama ada kita berani atau tidak untuk mengambil langkah seterusnya?.
dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, agak susah, memang susah sebenarnya nak cari seorang perempuan yang betul betul "perempuan melayu"..bukan setakat perempuan melayu..tapi macam mana nak cari lelaki melayu?..kerana ramai lelaki yang selalu nak jadi "english.man?"..semua pun nak ikut lifestyle orang barat. kenapa tidak mahu create cara hidup sendiri?.kenapa lelaki melayu tidak ada identiti sendiri?.lelaki pandai nak cakap, susah nak cari perempuan melayu yang betul betul terjaga segala akhlak serta tingkah laku.tapi kalau dah diri sendiri pun tak terjaga..macam mana nak demand yang lebih-lebih pulak?..dah termaktub, jodoh yang baik itu dengan yang baik, yang jahat itu dengan yang jahat.tapi jangan kita silap menilai maksud disebalik baik dan jahat itu. kerana sekali kita ambil keputusan untuk berdua melangkah ke peringkat yang lebih tinggi, maka kita akan saling melengkapi. lengkap dari erti kata apa?.itu hanya mereka yang sudah berkahwin boleh memberi huraian yang panjang coz i'm still single!
jadi, sama samalah kita menjaga diri sendiri supaya maruah diri serta persepsi orang terhadap kita tidak lagi negatif.serta boleh mencalarkan hati hati semua pihak yang related dengan kita.
saya ada seorang kawan yang baru baru ini menceritakan bagaimana tercalarnya perjalanan hidupnya..tapi mungkin tidak sesuai untuk dikongsi dalam blog ini kerana isu isu tertentu serta mungkin boleh mengaibkan orang orang yang terlibat.tapi saya bersyukur, dan saya tahu kawan saya ini tabah, kerana dia telah kembali kepada kehidupan normalnya, tanpa perlu lagi menjalani liku liku hidup yang sentiasa merunsingkan fikiran serta menitiskan air matanya untuk bertahun tahun lamanya.mudah mudahan dia akan bertemu dengan jodoh yang terbaik buatnya.


owh hari ni birthday
En. Ridzwan
& En. Syafiq (my.long.lost.contact.classmate.)
happy 25th birthday guys!