Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Ketika Hujan

today da thursday. sok sehari lagi keja without bos around. nextweek everything will not be as fun as this week. ye ke?..haha!.. but yea, most of the colleagues this week hari hari masuk town mkn..wahh!.sakan!!..but ape kurangnya aku kan..hari hari kuar mkn jgk!hikhik...ada bos ke xda bos ke sama je ....but bila ada bos rasa kena cepat balik office la...xde bos bley balik lambat..ye ke?..emm..xjgk!..tapi arini balik lambat sebab kuar pun da lambat.
arini ikot colleague pegi test drive new car. wahaha!..ujan ujan pun nak test drive..i ikot je!!..his mom nak beli keta katanya.. or maybe die yang nak beli kot? tapi cover cakap mom die yang nak beli.hikhik!..da pkai vios nak tukar keta lagi ke u?!heeee..wahwah!!

balik office da kul 2, kelam kabut nak pi meeting. seb baik tengok email dlu, laaaaaaah! meeting cancel!.. dapat skype lagi " meeting cancel wey! we should go cinema just now!"..wallaaa...hahaha..lepas test drive terus nak pi movie lagi?.hehe
tp, alhamdulillah!!..da kurang keja aku arini..ahahaha!!.

sejuk sungguh la arini!! sebab ujan lebat tadi. aku ni dari tadi asyik peluk bantal je!..kat office peluk bantal, dalam keta peluk bantal, masa makan pun dok melepak atas cushion empuk! kira bantal la jugak kan?!hehe.

aku belum masuk lab lagi arini.mungkin patut masuk kot..aku ada 12 miscalled from lab. wahaha..budak2 ni sure rindu aku kan!kahkah! mariiii! we don't need any teabreak today, i want to go back early!!  


 
product xcukup mantap la kali ni..i should have changed to bigger product la kan..xpun yang canggih sket!hikhik...but well, its just for fun!..


Thursday, April 5, 2012

hard to forget.

bukan hari baru sedar. memang dah lama dah sedar.
susah nak lupa.yea,aku always stuck in my own memory.my sweet memory.
tapi semalam bila terjaga terkejut seperti nak tercabut nyawa tue, Tuhan saja yang tahu!!.Subhanallah!! perasaan itu sungguh aneh. mungkinkah semalam sebetulnya nyawa aku hampir tercabut?Allahuakbar!! tak terjangkau pemikiran semalam. Terus aku bangun untuk bertahjud.fuhh!!alhamdulillah, pagi ni aku masih bernafas macam biasa.mungkin semalam aku demam buatkan aku terkejut kerana tak cukup nafas. tapi aku masih tak mampu bersuara harini.

call mommy, then mommy cakap "itu la..kena sembahyang banyak2, zikir tu jangan lupa." ..haha...baik2!..saya dengar tue..tapi bayangkan kalau aku dah mati harini?

aku terfikir sesuatu.


Thursday, March 15, 2012

@Office.

TK already left us. :(

Good luck bro!..keep in touch!
...............................................................................................................................

kejadian masa aku kat bawah meja, sibuk2 nak kemaskan file2 masuk dlm drawer.


that guy ::"Hii..lama tak nampak u? selalu tengok meja ni kosong je.."
me ::"...are u talking to me?"
that guy ::"..do i look like talking to your pets??"
(all the pets is on the table) hahaha!!..adoih..kurang ajar btul!!

me :: "haha..memang la tak..sory sory..owh i mmg slalu dekat lab je.."
that guy :: "lab you kat mana? ...can i go and see it?"
me ::"sure..bila u ada buat testing or u join line tour"
that guy ::"aaa..memang bukan keja i la tuee"
me ::"owh really..ic ic..then mungkin susah la u nak masuk lab i tue..so, u dept mana?"
that guy :: "i cleaner je"
me :: haaaaaaaaaaaaaaaa!... straight away i bangun and i looked around!
my seniors kat blakang...semua gelak!!.hahaha..
"you arrr...cakap tu pandang pandang laaaa.."

ok ok..my fault..but, jangan la kacau masa i busy..
(trus lari masuk lab balik.)

my cubic without all the PETS.
masa baru pindah office beberapa bulan lalu..hikhik
(now with::flowers, a cat, a monkey,two elephants,two crabs and a cock!)
.............................................................................

left me alone. during friday prayer.


Friday, January 27, 2012

Jumpa kak hanim

jumaat time lunch hour, sure tak lain tak bukan mesti makan dengan colleagues sekalian. So harini as usual, we had our lunch at our main kitchen, Queensbay. haha!harini melepak kat oldtown, dah sampai rasa diri ni sangat old da pulak. try makan steam rice. em..bley tahanlah...xde la sedap sangat, tapi sebab lapar sangat so abihlah semangkuk nasi tue.

nak dijadikan cerita, tengah tengah makan ternampak pulak x-housemate zaman zaman kat itho dlu. kak hanim. hoho..lama sungguh tak jumpa kak hanim ni..da dekat 7tahun kot?.emm...tapi still ingat lagi.kak hanim dengan selamba (macam dulu dulu jgk) cakap " k.hanim dok tgk tadi, sapa la minah melayu sorang ni makan ng cina cina ni...skali tengok tengok kenai pulak!" haha!...yea la, sapa lagi..i lah tue!..hmm, nak buat mcmne akak, no choice..ini je yang ada..

pastu kak hanim tengok ID card keja, " aihhh... lain muka na.." (gambar free hair).haha...senyum je lah..
dah pastu soalan 1st die tanya " bila nak kawen nie??....awat kuruih sangat ni la ni? sampai pegang tulang je nieh..." ...hahaha, kak hanim compare kurus skrg dengan zaman zaman kat itho dulu k...bukan kurus dalam masa setahun nie...sebenarnya dok membesaq ja dalam masa setahun nie!...

ayat last kak hanim " nnt jangan lupa mai umah kak hanim k....kita sembang sembang!" haaaaa...tu xpayah sgt nak buat, cuma tak tau bila baru bleyh buat...

tengok kak hanim, wahhh!..maintain ayu, comel, cuma berisi sket...maklumla, anak dah 2...syok tengok kak hanim..cam hepi jeee!!..

da tukar2 phone num ng kak hanim, tapi lupa plak nak tanya fb die ape!adoi!

Monday, December 19, 2011

the very soft reminder.

simple word.

i'm in love with someone out of town!



could it be a danger?





Thursday, December 1, 2011

dua tahun sudah


dah lama sungguh tak tulis blog nieh. rasa kekok plak bila jari jari ni nak start tulis balik. hmm. .

minggu lepas da genap 2 tahun bertapak dalam pulau nieh..masih berlungguk lungguk kerja tertunggak (haha..)..masih berlungguk lungguk persoalan tak berjawab..masih berkepuk kepuk angan angan tak tercapai..apapun, syukur teramat! tuhan still bagi aku peluang merasai nikmat dunia. kalau nak kira sedih ke suka, macam macam ada..tapi buat apa nak bersedih sedih..lebih baik redha dengan segalanya!sungguh hati ni betul betul frust bagai nak gila! tapi tu dulu lah, skrg da kembali normal macam biasa..sebab dok rasa banyak lagi benda baik akan berlaku andai kita redha!.

kerja skrg sangat best, dan mencabar.dan itu tidaklah mematahkan semangat.tapi bertambah bersemangat.well, ini adalah satu satunya sumber pendapatan..nak tak nak, suka tu perlu ada!..emm..kadang kadang mungkin rasa tak berbaloi dan tak dihargai..


gambar kat atas tu hadiah yg aku sediakan untuk christmas celebration esok kat office. bukanlah niat untuk mengagungkan perayaan kaum lain, cuma sekadar menghormati atas perlawaan dan tiada paksaan. ini sambutan department aku.haha.sape dapat, rasanya bertuah kot?!.sb aku bagi barang yg aku paling suka!hmm..igt nak letak kat meja office, tapi memandangkan ada cabutan hadiah pulak..maka bagi yg ini je lah!.brand new, beli semalam!


bila dapat bonus 5 angka mungkin boleh buat orang senyum lupa hal hal sedih walaupun skejap..em, aku masih mentah..jadi tak mungkin bonus 5 angka...stakat 4 angka nak bermula dengan angka 6, itu sudah berbaloi kan?...jgn nak banding dengan org2 minyak..ini adalah income setiap bulan...ape la sgt...hahahahahaahhaha!

Tuesday, July 28, 2009

pilih.

macam mana nak pilih?

nak pilih yang sedap mata memandang?
atau nak pilih yang betul betul cantik dan nak semua orang pandang?

kata mereka,
pilihan terpenting beriman.
pilihlah yang rendah diri.
pilihlah yang sesedap mata memandang.
pilihlah yang sanggup support kita masa susah dan senang.
pilihlah yang sanggup terima baik buruk kita.
pilihlah yang sanggup nak terima muka bangun tido yang serabut.
pilihlah yang sanggup nak terima perubahan hormon perempuan yang tak menentu.
pilihlah yang sanggup bersabar nak layan kita setiap masa.
pilihlah yang tak kedekut dengan kita.
pilihlah yang sanggup nak terima kita yang lemah tanpa mereka.
pilihlah yang sanggup nak tengok kita yang kejap kurus dan kejap gemok sebab selalu bila ada mereka itu kita makan banyak sebab hati senang.bila mereka tak ada, kita pun tak makan.
pilihlah yang pandai bawa diri.

kalau itu dah buat, then proceed to macam mana nak terima?

terima kasih?haha..

saya terima seadanya..tapi dia macam mana?

saya terbaca satu blog yang sangat saya suka kata katanya.dan saya tahu itu untuk saya.saya nak say thanks sebab ingatkan saya.dia betul kawan saya sebab dia selalu ingatkan saya.dia faham isi hati saya.itulah namanya sahabat!..tentang kelam?ya, sekarang semuanya cerah.mungkin nanti kelam akan datang.memang akan ada kelam dalam apa jua situasi.jadi saya perlu bersedia dan tahu nak handle kelam itu.pernah melalui zaman kegelapan yang lama itu memberi saya seribu pengajaran.jadi untuk hari cerah yang mendatang ni, saya harap kelamnya hanya persinggahan dan tak akan kekal.we'll go thru together zaman kegelapan itu.insyallah.

hey,
saya dapat 1 berita gembira.
walaupun berita bersifat sementara.tapi saya bersyukur.
saya akan menjalani training selama 6bulan. =)
jadi kiranya, saya tak kan lepak lepak saja.yeay!

tapi saya juga sedang berusaha untuk teruskan cita cita saya..biar masa yang tentukan semuanya.


Wednesday, July 22, 2009

lost and drowning

this few days memang membuatkan tidur sangatlah tak lena. yea banyak benda bermain dalam kepala.untuk satu ketika bila hati runsing nak cari jalan terbaik untuk satu perkara.timbul pula cerita lain yang mengubah mood yang gundah gulana jadi hepi bagai nak gila.(lupa sekejap cerita lara).peluang yang datang takkan nak disia siakan saja kan?bukan selalu peluang datang?so apa kata kita grab saja.lepas tu kita tengok apa yang jadi.
bila tengah hepi hepi tak tahu pulak nak kongsi dengan sapa?kawan yang mana yang perlu nak cerita?aduh.malu nak cerita satu hal.tapi perlukan kata kata yang boleh membuatkan otak yang tengah stuck ini untuk terus lancar berfikir.bila dah kongsi kongsi cerita barulah terbit satu rasa.macam sekarang mana mana saja laungan 1Malaysia!yea!.so satu rasa.rasa yang tak tau nak cakap macam mana.walaupun sekadar cakap cakap.tapi cakap cakap itu seperti merancang masa depan.bila dah merancang mesti ada proses.proses untuk mencapai matlamat.doakan saya mencapai matlamat saya.
walaupun saya agak kecewa ada 1 pihak yang cuba untuk mensabotaj matlamat saya dengan mengarahkan saya untuk kekal dalam bidang saya.saya tahu lah bidang yang saya pilih adalah 180 darjah terbalik dari bidang asal.tapi itu kehendak saya.cuba faham dan cuba berikan apa yang saya mahu.orang cakap bukan senang untuk berjaya.mungkin ini langkah permulaan yang perlu saya ambil.bukan senang untuk saya merealisasikan impian orang tua saya.

kenapa saya seperti hilang?

hidup saya tidak pernah tak diatur.yea benar.childhood frens saya pasti tahu cerita semuanya.tak pernah nampak saya bermain sana sini.

sejak umur saya 6 tahun,
pagi p tadika
petang class piano (asas je)
..........................................................................
sejak darjah 1 - darjah 6,
pagi p sekolah
petang kul 2 p mengaji quran sampai kul 4
petang kul 5 sampai 6 p class piano
malam tuition
tido
...................................................................................
(saya tak tengok tv.jadi saya memang tak tahu zaman saya membesar itu cartoon apa yang ada.cerita apa yang best.sungguh saya xtahu.saya juga tak tahu bapak saya kerja apa?sb saya jarang jumpa bapak saya.)
ujung minggu, saya pergi class melukis kalau saya rajin.
darjah 4-6 sibuk dengan aktiviti sekolah-brassband.kenangan saya menjadi drummajor itu sesuatu yang istimewa. saya tahu saya bukan yang terbaik sebab saya penakot.tapi saya telah cuba yang terbaik untuk lawan rasa takot saya.apa yang saya takot?nak baling tongkat sakti tu tinggi tinggi.sebab takot jatuh atas kepala saya.tapi saya prektis tiap tiap hari.akhirnya saya berjaya.

tingkatan 1-tingkatan 3,
pagi p sekolah
petang p mengaji quran lagi
petang p class piano lagi
malam tuition
.....................................................................................
(saya juga tak sempat tengok tv. saya juga tak sempat nak semakkan umah saya)
masa ni hidup saya agak huru hara.sebab bapak saya sakit.saya p sekolah pun terganggu tapi lama lama saya okey sebab bapak saya semakin pulih.alhamdulillah.sampai sekarang bapak saya masih steady!haha.sampailah saya tamat tingkatan 3 bapak saya tukarkan saya ke sekolah teknik.saya seorang tanpa kawan.(bila saya apply?saya pun tak tahu.yang saya tahu surat tawaran tu cakap, saya daftar esoknya).saya dan mama kena marah dengan pengetua sekolah lama, sebab saya nak tukar sekolah.nak tukar dari sekolah terbaik kat alor star ke sekolah teknik.memang tak selalu orang tak buat kot?tapi bapak saya dah aturkan.akur saja.

tingkatan 4-tingkatan 5,
pagi p sekolah
petang class piano
malam tuition
(saya juga jarang tengok tv.)
...........................................................................................
saya p sekolah bapak saya hantar sampai depan pagar, balik pun amik ontime.semua orang tahu saya anak mak anak bapak.tapi saya tak heran.sebab jadual saya sangat ketat.balik sekolah saya kena p class piano yang dalam kepala hotak time tue sesuatu yang saya tak suka.pada saya piano ini menjauhkan saya dari berkawan dengan orang.asyik terperuk kat rumah saja.tapi piano itulah yang membantu saya hidup di universiti. hiburkan hati dikala study tak menentu.hiburkan hati di kala bf (poyo.pandai jugak nak ada bf.haha) buat hal ketika itu.

jadi, tak perlu pelik kenapa di rumah saya tiada dvd player, tiada astro,tiada home theater, sebab tiada siapa dalam rumah saya yang nak tengok tv. kami semua yang di didik oleh bapak saya ini memang kurang tengok tv. kalau dulu, jangan sesekali duduk depan tv.silap silap tv tu yang kena hempuk.haha.astro bukan tak pasang, ada, tapi dah dipotong.sebab?tak da sapa nak tengok.buat rugi je nak bayar.
tapi itu dulu, sekarang dah pandai dah.24jam nak tengok tv bapak tak marah pun.

masa saya mula mula sambung study buat diploma, setiap kali saya balik cuti, mama layan saya dengan baik sampai saya rindukan suara mama yang garang dan suka marah saya sebab saya malas belajar.saya rindukan suara mama kejut saya bangun pagi, buat homework, mandi, makan,tidur.semua sekali.tapi sampai sekarang mama tak marah saya lagi.saya rindukan ketika waktu itu mama jerit dari bawah je, saya dan kakak pasti dah bangun terpacak.saya rindukan suara bapak saya marah bila saya nak buka tv.bapak saya baru berdehem sekali, semua dah lari lintang pukang.bapak saya baru buka pintu kereta lepas balik kerja, semua dah lari duduk dengan tertib.saya langsung tak boleh ke mana ketika itu melainkan ikut je apa bapak saya kata.buat apa yang bapak saya suruh.

yea.borang UPU saya, bapak saya check satu per satu.bapak saya survey satu per satu. course apa yang critical, yang xlaku, yang high demand segala. bapak saya susun satu per satu tempat mana yang saya boleh dan perlu mintak.bapak saya pastikan semua complete. nak hitamkan bulat bulat dalam borang tu pun bapak saya check satu per satu.bukan saya je, abang dan kakak kakak saya serta kazen kazen saya jugak bapak saya check satu per satu. sehinggalah sekarang, setiap hari bapak saya berikan saya option untuk bekerja, sambung belajar, buat bisnes, kerja sambil belajar, workout untuk kuruskan badan (saya obses nak kurus!). anda ada bapak seperti bapak saya?.yea dia garang.sangat strict.sehinggakan anak sedara saya baru nak masuk darjah satu, bapak saya dah cuba untuk provok pergi clas piano.supaya dia jadi seperti auntie auntie dia kot?.tapi budak budak sekarang tak boleh paksa macam saya dulu kot?sekarang bukan seperti dulu lagi.saya tak tahu bapak saya akan berjaya atau tidak.kita tengok nanti.cucu kesayangan itu akan akur atau keras kepala.

tapi sekarang saya dah tak ada lagi jadual ketat yang perlu saya ikot.saya terasa kehilangan. saya perlu susun jadual sendiri.saya perlu pilih sendiri apa saya nak.sebab kehidupan saya tak pernah tak busy sejak dari kecil.saya tak pandai duduk saja sebab saya akan cepat bosan.saya perlukan sesuatu untuk buatkan hidup saya menarik.jadi saya masih mencari cari apa yang terbaik untuk diri saya sekarang.tapi tanpa disangka saya jumpa sesuatu yang begitu tertarik di hati.walaupun masih jauh.tapi saya rasa semuanya terlalu dekat.mungkin kerana ianya terlalu dekat di hati saya sekarang.saya sangat looking forward untuk semua itu.

buat kawan kawan taulan saya yang selalu terlebih hidu tentang cerita indah saya.bukan sekarang yea.berikan masa untuk saya setup kepala otak saya dulu.hikhik.

dua cerita dalam satu masa.campur campur sapa nak paham?begitulah pemikiran saya yang sangat bercampur campur ketika ini.

kenapa rumah saya tiada sofa?mungkin nanti akan saya kongsi cerita ini.

Friday, July 17, 2009

kertas putih. kenapa posmen hantar?


xsemua berita yang kita terima itu baik.xsemua berita yang kita dapat tu menggembirakan.tapi mungkin berita yang tidak menggembirakan itu sebenarnya membawa hikmah disebalik kedukaan.hidup perlu diteruskan walaupun catatan di dalam kertas itu tidaklah membahagiakan.malah mungkin sekali mencari halangan terbesar untuk meneruskan kehidupan seharian.pengalaman yang sememangnya sukar untuk digambarkan selama bertahun bertahun itu tidak dapat diubah sama sekali. tak boleh edit tentulah kan?.

tapi, takkan nak biarkan halangan ini terus menghalang dari terus meniti hari hari sampai akhir nanti. kat sini ada seorang hamba allah yang akan buktikan dia boleh jadi apa dia nak jadi.boleh buat apa dia nak buat dengan tidak bergantung pada catatan di atas kertas itu.catatan itu mungkin telah sama sekali mendukacitakan semua. tapi kalau kita xbuka kertas tue, kita xbaca, tentu kita xkan berduka.so, jangan dok meratapi kertas putih bodoh tu boleh x?.xperlu nak bersedih, Tuhan tahu apa yang kita rasa. Tuhan sentiasa bersama.cuma kita yang selalu alpa.

kertas putih. kenapa posmen hantar?

Monday, July 13, 2009

im clearing my mind rite now.

dah settle hal hal di sana.
syiookkknye~!
xsabar nak melangkah ke stage yang seterusnya!.hehe

and to orang laut.
thanks. thanks. a lot.
driving me to here and there.
and again from there to here.
and again and again.
sanggup berpanas.but sejuk with aircond actually.
im the one who jalan jauh jauh.panas panas.
haiiiish~!...
xboleh nak express by words lagi dah!..hikhik!

really.really had a.great.time tho! =)
when will i see u again?

to others,
dun ask anything.
just wait and see.
i'll update everything from time to time.
till then, just let me focus.
i need to focus.

penat..tido dulu boleh mummy?sok baru i gerak balik as okey?!.

Thursday, July 9, 2009

dilemma

okay.
saya tahu saya lambat.
saya lambat start for job hunting.
tapi bukan sebab saya sengaja nak lambat lambat.
tapi bila saya apply, semua call mintak dokumen yang saya sendiri pun xdak.
balik balik saya kena tunggu sampai saya settle kat penang ni jgk.
so sekarang, saya dah settle.
lepas nie, saya kena job hunting betul betul lah.
so kepada yang dah ada job tapi teringin nak tukar job,
sila beri laluan kepada yang jobless nie dulu yea!
tolonglah bersyukur sebab dah di-hired!..hehe~!

okay.
sekarang kena fikir jgk.
nak keja ape?.betul ke nak keja tue?
memang la orang cakap, "ala..apply je..dapat mana mana rembat je dulu"
owh okey.boleh mcm tue.
tapi kalo apply, tapi xdapat?hahaha.
nak buat mcmne kan?.xde rezeki.
senang la kite nak cakap, rembat je dulu.asal ada duit.
tapi, rembat rembat keja tapi xmau buat keja pun buat ape?.tunggu duit je?

tolak tolak sana sini.
last last kena cari lagi.
mungkin belum rezeki.
sabar sket boleh x?
diri sendiri yang nak keja.

Tuesday, June 30, 2009

ape nak jadi.

on the way to canteen...3ptg..

"nuruuull....." (macam menyeru la nada die kan)...terkejut aku!..
"kenapa xdatang semalam?.xsehat ke?.dah amik ubat?"
..(siapp tau aku datang ke x?confident btul ckp aku xdtg keja)
"err..bile pulak saya sakit?..saya sengaja xdatang semalam.."
"tipu lah...saya tau awak xsehat kan..arini tengok pun mcm xlarat je..tapi still nak ceria2 senyum memanjang"
"owh ye ke..haha..xde lah..biase je" aku cepat2 masuk canteen ikot pintu belakang..
"sapa tue imi? selalu die dok senyum2 kat u kan.." engineer2 aku smue buat muka penuh tanda tanya.
"ntahla.xkenal.." pendek je la reply kan.

jam kat dinding tunjuk pukul 645ptg..

"amboi..arini ada orang OT..xtau la nak ujan ribut ke..ada taufan nak landa kat sini nieh.."
sambil matanya tepat memandang ke arah aku yang pura2 tengok skrin computer sebab xmau pandang pakcik tue..
"ha..nurul...seronok keja sini ye?"
aku just senyum kambing pandang pakcik yang rasenye sedang ingin perli aku yang balik lewat arni. "hampeh la pakcik nie..sibuk ape ntah.!" aku cakap dlm ati je la..

lewat petang..kul 710pm...text msg dari num yang xde dlm hset aku tp aku tau.

"salam..balik lambat ke hari ni? kul brape?..jom p mkn..itu pun kalau sudi.."
and hset ku itu telah ku pass pada engineer tunjuk
"ni la..pakcik yang dok msg tue..tengok die kat sana tue..dok buat kering pandang screen computer die plak..ntah knape ek...die nak promote bisnes kot?..i xminat la bisnes2 nie.."
"mana u tau die nak promote bisnes?die ada cakap ke?"
"emm..i guess so?..haha..bukan ke?..abistue.buat pe die nak msg i kalo bukan promote bisnes?"aku bising2 kat diorg.
"huih..ini macam ke?..baik imi balik...xpyhla OT lama lama..nak sape2 teman?"
"jangan nak takotkan i pulak..korang nie.."
"dah ade yg bekenan tue..baik jaga2..tinggal 2 mgu je lagi..jangan risau.. die saje je tue..u senyum2 dah la.."..hehe..aku sedikit lega bila ada yang cakap jgn amik serius...nak soh senyum lagi?..hahaha..xdpt la..

hmm..sory la pakcik..sy dah nak balik ni ha...tunggu 5 minit je lagi..xperlu kot nak reply msg pakcik...pakcik pun boleh nampak saya bangun n balik..so paham paham sendiri la kan..tolonglah..jangan buat mcm nie..saya cuma tinggal 2 minggu je lagi nie..jangan buat saya cuak.

"eh..balik dah..kalo camtu bye bye je lah..lain kali bley kot?"

apa yang saya jumpa kat parking keta tue.saya buat2 xnampak je lah yea.malas nak panjangkan cite.
end of the story!fullstop.


Thursday, June 25, 2009

okey.semua orang nak kawen.

hari ni terlebih rajin untuk jengok jengok frenster. memang hari hari jengok pun.tapi harini teringat nak tengok frenlist.konon konon cam semua orang dalam frenlist tu selalu dok keep in touch la kan.tp xpun.yang xkeep in touch tu lebih ramai dari yang dok keep in touch.bila tengok je frenster. semua secondary photo mostly dah bertukar.dari gambar ramai ramai macam kat atas ni.
dah berdua la bagai.bertiga la.ada baby comel kepala botak la segala.
okey, baby baby tu memang comel okey.
hm..cari punya cari gambar anak sedara aku kepala botak xde pulak.rupenye masa diorg kecik2 tu banyak gambar kaki je yang aku amik.contohnya kaki nie. nie kaki ukhail masa umo seminggu.merah lagi.

tapi tu la kan..memang terkejutla.tengok kawan kawan yang dah kawen tue.tambah tambah pulak yang memang xdisangka sangka.dulu tengok gambar2 semua yang mcm malu2 nak tunjuk bf,status "single" memanjang.bile cite2 pasal bf, dok elak2..lari2..malu2..konon2 xde org nak la kan..amik gmbr pun ramai2 ngn geng2..ada stgh tue..gambar2 bf dok boh dalam private photo je (aku xbuat okey!gmbr private.gmbr aku sendiri jek!haha~!)

pastu boleh buat ayat mcmnie ar kat aku..
"ang kawen dulu la..aku nie lambat lagi.."
skali!..ha..dok buat terkejut pulak skrg..
"eh imi..aku kawen dulu!"
siotnye punye ayat...
aku muda lagi arr~!..hahai~!..yes..

pastu ada 5 6 orang tue, aku terpaksa kuarkan ayat2 nie untuk diorg masa tengok frenster diorg..
  • "eh2!..die kawen dah?!biar btul!!!..sape laki die nieh?..".konon2 usha mcm kenal la..kot kot kenal....(sebab die mmg xde potential untuk kawen sebelum saya)
  • "mak ai..die nie pun dah kawen?!mcmne leh kawen ngn mamat ni plak.."...(sebab die terlalu banyak bf..)
  • "uihh!..budak nie..dulu kat sekolah...pandang laki pun x...dah kawen?" (sebab dulu kat sekolah..saya yang selalu dok pandang laki kan..die selalu tegur saya jgn dok usha org sgt...hahahahha..usha je..xngorat pun..sb tu die dah kawen.saya xkawen lagi.)
tapi kalau nak dibandingkan dalam geng aku pulak.ramai je xkawen.semua belum kawen!hahahaha..eh xjugak.ade dah yang kawen.malas nak kira.nanti tetibe tersalah kira.tinggal aku sorang pulak yang xkawen kan?..hahahaha.. nak kira geng2 time sekolah..ramai jugak dah kawen..dah dok tunggu giliran nak kawen pun ramai jugak..(seperti daku kepenatan buat baju sebanyak itulah mereka mereka yang nak kawen!)..
kawan2 masa time diploma pulak..hmm..laki pulak yang ramai kawen...yang pompuan dok xtentu hala lagi..hahaha
kawan2 utp pulak...lagi la...memang mcm aku la kan..dok terumbang ambing nak balancekan hidup..diorg pulak bersepah sepah mencari cinta la kononnya.heeeeeeeeeeeeeeee~!

senyum macam nie yea..
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~!

jodoh nie dah memang ditentukan.
  • itu la jugak..kata orang..kalau xpernah berchenta..nanti orang tu la kawen paling cepat. (owh serius!..itu terbukti!..memang btul!)
  • bercinta bagai nak rak nak orang lain, last2 kawen ngn orang lain pulak.(ini pun terbukti terjadi)
okey, aku tulis nie bukan sebab aku kepingin gile nak kawen sekarang. (ada niat untuk masa depan.insya-allah.lepas stable hidup nanti) cuma sebab aku buka frenster tengok kawan kawan ramai dah kawen.mengingatkan aku yang "owh..sekarang bukan lagi masa untuk bermain main...tolonglah serius..sebab kawan kawan saya sudah mula membina generasi mereka"

tapi..kalo aku plak yang kawen skrg..mmg xbley blah ar..
xde potential kot!.orang lain dah dok susun turn masing masing.
tetibe aku nak potong line pulak kan?

k-kau
a-aku
w-will
e- everlasting
n- nanti

stalker

stalker itu telah menyerah diri.
hmmm. xtahu kenapa tibe tibe die serah diri.mungkin sebab dah lama cuba nak stalker tapi xmenjadi sebab xdilayan kan?
okey, ini buat saya syiok sendiri.haha.muka macam nie pun ada jugak nak jadi stalker.haih?.konon mcm cantek sangat la kan?xpaham!xpaham!
so kiranya, xde la not.good.looking sangat diri ni kan..so pada sesiapa yang i selalu puji cantek tue, sebabnya i memang rasa diorg sangat cantek dari i...so anda jangan takot xlaku, anda lebih cantek, tentu lebih ramai peminat.haha.
kembali cerita stalker itu.,saya nak balik kerja hari ni.lambat sket dari biasa.selalu saya on time untuk balik keja.tapi hari ni sebab sibuk bergosip dan bersembang, saya terlambat sedikit.masa nak kuar pintu office, stalker itu ada di sana.dalam hati saya dah terdetik "ape pulak pakcik nie tercegat depan pintu office nieh.aduhai..."..
dah berminggu minggu aku agak die stalker itu.tapi xla pulak aku p tanye.melainkan aku buat cool bodoh bodoh xlayan je.text msg masuk, baca dan delete.senang.xperlu nak abiskan kredit untuk reply.
"hai..nak balik dah ke?.jom saya blanja makan" pakcik bersuara.
"aha..nak balik dah...owh nak blanje ke..emmm"..saya pun reply, konon konon mesra..(mak saya ajar, kita perlu hormati pada mereka yang lebih tua...xbaik berkasar..)
"haha...jomla.xkan takot kot?.nurul cuma takot nak kuar ngn orang xkenal kan?.saya nie nurul kenal, xkan takot lagi?" pakcik tu buat ayat panjang pulak..
haii...ayat tue..mcm pernah ku dengar...tapi di mana yea..aku pernah reply msg die dengan ayat nie..
"sory.xinterested.sy xkluar dgn org saya xkenal"
"oooowh..so betulla pakcik yang dok msg saya...oooo...skrang btul la tekaan saya..hehe"
"heeee.saya saje je nak kenal kenal nurul...tapi nurul garang sgt..jom p makan...nurul balik naik bas ke?"
"aha..naik bas.." aku reply pendek..sambil berjalan menuju ke tempat punch card.(tau pun garang.gagah jugak nak msg2 tu buat ape?)
"ha..kalo mcm tu..jom saya hantar lah harini...kita p makan dulu"
"hehe..xpe lah..saya naik bas tu..saya drive sendiri..maybe lain kali kot."..hahaha!pakcik..kamu kena tipu!(mak saya xpulak pesan xboleh main main buat lawak bodoh ngn orang tua..so consider as boleh la kan?kehkeh)
"owh..ye ke..jomla..kite konvoi ng bas nurul..parking kat mana?" (nada perli)
"alamakk!!"jerit dalam hati! "eemm..parking kat depan..." saya dah laju berjalan belok ke kanan..die terus ke belakang sebab keta die parking kat belakang..
sepanjang jalan nak p parking tue,saya cakap sorang sorang dalam hati.."pakcik nie kenapa?dah buang tabiat ke nak kenal aku pulak?die nak kenal buat ape?die kan baru dapat anak?die nie saje je tue..jangan amik serius lah imi!perasan pulak!..tapi ish..kenapa die mesti cakap saya awak?kenapa pulak die kena antar nasik kandaq?..kesian pakcik nie...mesti die bosan keja kat sini..sb tu die nak kawan ngn orang...hmm..pakcik..pakcik...gile xbest pakcik yang approach..bagi la yang muda muda sket...laki orang?!!..owhhh..no no..."

owh..dah sampai kat kereta..xjauh dari pagar tue..ternampak sbuah kereta..wira.aeroback.hitam. dok bertenggek tepi jalan..haaaa sudah!!!!!!...cmane nak balik?..saya cuak!.dok kat BUS saya tu lama lama.dengar lagu.lepas tu saya gerak jugak sebab dah xlarat nak tunggu.xkan die nak ikot saya balik kot.n i was wrong.he did.haha.tapi dalam kesibukan traffic jam dekat2 area umah tue.saya truskan driving round2 kawasan sekitar.pakcik hilang dari pandangan.amin.saya sampai umah.selamat~!

apepun, pakcik!
sory sebab sy gelarkan pakcik nie stalker.
saya xpatut cakap mcm tu kan?
tapi nak buat mcmne.tindak tanduk anda yang buatkan gelaran itu sangat sesuai.
kalau saya perasan pun, sb pakcik yang suka buat saya perasan.
hahaha.

saya xtahu n xmahu tahu niat sebenar pakcik.

saya mintak maaf.
sebab mungkin kehadiran saya kat office tu mencuri perhatian, penglihatan serta pekerjaan pakcik.
itu secara tidak sengaja.
lepas nie saya xde lagi.so pakcik selamat.saya pun selamat.
(psal plak saya yang mintak maaf nie?..sebab mama saya ajar.kita perlu selalu memaafkan orang serta meminta maaf untuk segala kekurangan dan kesilapan)

Tuesday, June 23, 2009

just for awhile

while he turn ON the SILENT mode
she MUTE her FEELING.

while he turn
ON the SILENT mode
she VIBRATE her WORDS.

while he turn
ON the SILENT mode
she WHISPER in her NOISY.CRAZY.WORLD

because she can't be
SILENT at ALL!
as her life is
in SILENT-NOISE mode.


if she FILTERED all the-NOISE.
then her LIFE will SILENT forever~!


so let her be in her
SILENT -NOISE mode.
until he turn OFF the SILENT mode.
until he turn ON his AVAILABLE mode.
until he turn ON his HANDPHONE (again?haha.)

and after that,
he and she will be in their
LIFE UNDERGOING-WILL BE GOING- mode.


penantian nanti.

saya sungguh
E.X.C.I.T.E.D
nak tunggu ujung minggu nieh.

jumpa dia yang jauh!
haihh...
akhirnya masa yang dinanti nanti tiba yea?

"lama ku menanti.
harapnya,
hadirmu membawa seribu erti
dalam hidup ini."
apekah jiwang tetibe nieh?



Thursday, June 18, 2009

my words

i!
i don't really want to stay! (sebab teringat sok masih perlu kerja) no
i!
i don't really want to go (kenapa sekejap sangat?) o...

oh i wish that i was looking into your eyes (tapi xnampak sebab jauh),
your eyes,
cause in ur eyes, i'd like to stay stay
owh,
i think you should know!
............................................................................................................................................

Wednesday, June 17, 2009

right now.

last nite..
2guys and 1 girl
great dinner treat.
Drag Me To The Hell movie time.
unplanned night.
hmm..
again?

lampu gasolin

dusun trip this weekend anyone?
Balik Pulau jom!

tonite..
a girl, a mother, a single guy
out for shopping
and a girl feels like "ape ke halnye aku menyibuk nie?"
"am i TERJERAT dalam JERAT terancang?"
"better i get rid of this, walk alone"
a mother with the single guy?
hmm..
again?

penunu bunsen


si pemain pemain cerita,
jangan buat dia confuse lagi.
kahkah~!

Sunday, June 14, 2009

don't jump into a conclusion

just
please!
don't
jump
into
a
conclusion.


sabar itu perlu.
sabar itu separuh dari iman.