Saturday, July 24, 2010

she's been booked!

yea rite.
satu satunya kakak saya yang masih single dah engaged yesterday!syiookknye!..congrats hanim!
the event started at 330 pm.its a very small, closed event attended by less than 100peoples.

congrats sis!
can't wait for ur big day!

more pictures?!.
kena tunggu photographer bagi la..sebab i sendiri tak sempat nak amik gambar.

future brother in law.
................................................................................................

and the families was asking me

"aik..kenapa die tak mai skali?"
hihi.

dia yang mana?

Monday, July 19, 2010

19july


"aaa, knape xde parking keta yg dekat nie?"
"emm...sb smue org xkuar imi..."
"laaa..knape org xkuar mlm2 nie??"
"sebab xde org buat keja gile macam kita!!hahaha..shopping di tengah2 bulan!"
"owhh...gile?...tp cuma nak abiskan voucher dpt FREE tu je!hahaha"
"org lain xdpt voucher la kalau mcmtue"
"mesti la..yg menang je dapat!"
"poyo!.dah2 parking cepat!..balik tdo!"

eemm...
last skali,
dapat jugak beli jacket comel idaman walaupun bukan dari jenama idaman.
as long as xpyh kuar se-sen pun!!!yeay!!


tiba tiba rindukan masa lampau.
semoga tuhan bukakan pintu hati saya.




Friday, July 16, 2010

dart-arrow

saye ade 3 dart-arrow yang tak tau nak tuju ke mana.

saya juga tak tau dart-arrow yang mana akan menuju ke titik fokus yang paling tengah.


mungkin hanya 1 yang akan mengena sasaran secara tepat.

semua ni bergantung pada saya kan?
perlu kaji ciri ciri setiap dart-arrow dulu ke?
...........................................................................................

ape nak buat kalau kita cuma ada 3 pilihan dan hanya boleh memilih 1?

Thursday, July 15, 2010

macam macam.

minggu lepas.
masa tengah fikir nak balik ke tidak.
akhirnya balik dan cari pasal dengan semua orang!hahaha.
sory sory pada semua org yang menjadi mangsa saya minggu lepas.
..........................................................................................

semalam.
ketika dan pada waktu menderma darah itu.
last last pembaziran darah juga berlaku akibat ketidak professionalan cik misi.
adehh~!

sekarang, saya takot berat badan akan naik!
da xberani nak makan.
tapi semalam dah belasah nasi goreng seafood (akibat ketaq lutut yang tidak dapat dicontrol kerana tahan lapaq!)
harini, dah makan nasi ayam kat office dengan bayaran 1.50...
malam nie?


baru semangat nak p pasar malam yang hanya 10 langkah dari pagar rumah.
tapi tragedi berlaku.
si lelaki penggemar durian (i guess so! sebab die beli durian dengan banyakknyaaaaa!)
sambil bercakap telefon ketawa berdekah dekah telah menghentam tangan saya dengan plastik bag merah berisi durian durian yang TAJAM!..
eeeeeeeeeeeeeeeeeishhhhhhhhh!.geramnye!.
calar balar tangan i nieh!... ada 7 garisan calar nieh!!!
ni mesti kes mak tak bedung tangan kecik kecik dulu!
aku ye ye je nak elakkan die, die pulak yang hentam aku!
sabar je lah.
maintain senyum tu tetaplah maintain walaupun tangan tu pedih2..
tapi bile dah bejalan jalan tetibe ada yang tegur tangan berdarah!
eiiish!
so malam nie, xpayah makan pape! =(
xmau gain weight,nak loose weight tahap maximum nieh!







Tuesday, July 13, 2010

give n take

strawberry.mushmellow.cheese.cake

hidup kita ni tak semuanya manis.
jadi kenapa mesti kita bebel bila kita makan cheese cake tapi ada rasa masam?.
kita yang pilih perisa tu, suppose kita boleh predict rasa nya macam mana kan?
strawberry betul betul manis bila berada di tempat dan suhu yang sepatutnya.
bila dah berubah tempat, cuaca n bercampur aduk dengan yang lain,
maka rasanya dah tak sama.

sama macam manusia.
masa baru lahir, pure.
bila dah membesar, tentu dah semakin bijak dan berubah.
mengikut perkembangan otak.
dah pandai pilih yang mana baik n buruk

coffee.

kita tahu, coffee itu pahit. tapi, kita suka jugak minum kopi.
coffee nie ada yang baik untuk kesihatan, ada yang tidak.
terlebih kandungan kafein dalam badan adalah tidak sihat sama sekali.
tapi, bagi penggemar coffe, addicted yang tak boleh diselamatkan lagi, buat lah macam mana pun, janji dapat kopi, itu dah cukup bagus..nikmat!

macam kita suka pada orang lain, buatlah macam mana pun, kalau dah suka, tetap suka.
untuk sedapkan kopi yang pahit itu, kena pandai pandai la letak gula banyak mana.
untuk make sure yang kita suka itu tak lari, kena pandai pandai la seimbangkan.

inilah hidup yang perlu diteruskan.
kalau nak fikir, sampai bila pun tak habis. jadi kena stop thinking ape nak buat.
sebaliknya just do it.
so, ape nak jadi pun jadi lah. just move on.

suarakan apa yang terbuku, bukan bererti kita nak tamatkan apa yang dah dimulakan.
tapi sebaliknya, kita nak mencari arah mana yang perlu dituju.
supaya tidak tersasar dari mancapai 'goal' yang sebenar.
mungkin jalan nampak lurus dari jauh, tapi bila dah semakin dekat, banyak pulak simpang simpangnya.
atas diri sendiri nak pilih yang mana.
kalau dah sama sama pilih simpang yang sama, so mesti ready to move together.
as teamwork!!

semua benda dalam dunia nie, kena calibrate.
mesin pun kena calibrate untuk make sure tak tersasar dan sentiasa jitu.
jiwa kita,
calibrate, sembahyang.
then, hati akan lebih tenang.
dan mampu berfikir dengan waras.

pure.
kita tak tahu lagi macam mana corak hidup si kecil ini.
tapi, dia sudah bijak memandang camera.
bukti otaknya semakin berkembang.

.........................................................

give n take
sharing is caring.
nak kongsi dengan saya?

Friday, July 9, 2010

menghargai sebelum terlewat

sy dapat email nie dari seorang kawan..Tapi sayangnya, saya bukanlah isteri kepada suami..belum lagi bro!..aku masih muda...but, ok la..i akan simpan ini untuk dikongsikan bersama kawan kawan, kakak kakak dan ibu!.
Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah dia sebelum terlewat..."
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam.
Wahai suami2,jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya.
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya.
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA... dan sangat BERHARGA.

Yiiiipppppyyyyyyyyyy!

Yiiiiiiiiiiiiipppyyyyyyyyyyyyyy!
for the 1st time,
OUR TEAM WIN!
yeahhh!...
HTC is the best!hakhak!

tentu saya sangat berbangga!
ini adalah hasil kekreatifan saya bersama 2 lagi rakan sekerja untuk
Innovation Competition!.


ha..ni lah mini chamber kami!
kami buat sndiri..invest guna kotak n ketas kosong saje!
amik masa satu setengah jam untuk siapkan!
berbanding, lab saya which consist chamber ni,
amik masa berbulan2 nak setup..berbillion billion nak invest!hohoho~!

my TEAM!.yeay!
booth kami menang 1st place for COP booth!.yeay!..
tambah tolak...dapatla beberapa ratus voucher sunshine
(korang tau sunshine tu ape?..orang penang sure tau!!hahaha)
---------------------------------------------------------------

yang sedang berbaring di tengah tengah itu adalah organizer kami untuk Innovation Competition!.
punya la nak cakap kreatif kan, die pancarkan instruction untuk game tu ke ceiling cafe tue!..so, semua orang kena dongak la nak tengok!..
tapi, sy?..haha..my team, (imi, thean keat n chin). kami tak tengok pun...dok bersembang..hahaha. sebab dah tau dah, later mesti die bg on a piece of paper jgk!hikhik!
what do we need to design?
we need to build an equipment n calibrate it
(konon nak sama ng company la kan, measurement company which calibration is the most important!ketepatan itu penting!)
berbekalkan rubberban, chopsticks,spoons, soft tape, paper clips,n bottle.
we built a catapult!.

ni lah "jentera pejuang kami"...kami kena shoot bola pingpong itu ke dalam kotak nun jauh di tengah sana!..its around 2m far ok!...jentera kami ni kecik...tapi tak sangka!..kecil kecil cili padi!..boleh tembak jugak ok!..even dapat menampung bola tenis!..haaaaaa!.kagum sket!

clap! clap! clap!.

a very great experience sebab team saya menang!

the manager gave us the quote:

“Scientists investigate that which already is; Engineers create that which has never been.”…….Albert Einstein.
Once again, great job everyone !

.........................................................

tibe tibe ada org tegur kat cafe pagi td

"em, hai...team u yang menang semalam kan?" waaaaah!! ade jgk org tau tue!.ishish..

Wednesday, July 7, 2010

the day.

ukhail rayyan danial
mms by my eldest sister.he looked blur.bley lagi gigit cake cutter tu!haha
hari ni birthday ukhail rayyan yang ke-3.
was borned on 07.07.07
cantek kan?
i called him this evening.
"hai makchu! ukhail nie" (yang lawaknye, aku yg call die).haha
so i wish " hepi birthday ukhail!"
he replied "haaaa..birthday!" tetibe dengar die ckp kat mumy die lak.."mama.makchu ckp bithday...sapa punya?"
mumy die reply " birthday ukhail la!"
die reply kat aku "oooo....bday ukel"
"makchu nak balik sini bile?" (em..speechless)
"muhamad nak cakap pulak"
tukar khasyifi pulak.
"makchu!.kat umah tok mama ke?"
"nope.still kat office...mkn kek tadi sedap x?"
"aaahhaaa!.sedaapp! kat nusery ukel!"
"owh ye ke...bile nak mkn ng makchu lak?"
"owh..nak jugak ke?dah abis..tinggal sket saja lagi!"
"alaaa..nak jugak..nnt lah balik kita buat skali lagi"
"nanti bulan 10 bday muhamad pulak.bday ukel dah abis arini"
"alrite!.kita buat bday muhamad pulak lah..boleh?"
"mama....makchu ckp nak buat bday muhamad pulak lah nanti"
"okey!"
"ha..ni cakap ng adam pulak"
tukar ng adam pulak.
"makchu..bile nak mai tengok adam?"
"hehe..nanti i p sana ok?"
"tadi kan, celebrate bday ukel kat nusery..makan dengan kawan kawan"
"wow!..bestnye!..makchu sat, cakap ng mama pulak!"
owh..seb baik sorang lagi xbley cakap lagi.
sweet beez!
.......................................................................................
aktiviti kat office tadi?
this is the game that i'm in charge.
see it?
i did it!

a part of the visitors
cantek kan our 4 seasons cafe?
for sure dari sini xleh completely tengok the four season.

they need to solve the puzzle before proceed to sound pressure level game!
they have to shout out loud!..to reach 100dB and win prizes!..
at first, tak ramai nak main, sebab malu nak jerit...but bile dah ada yang jerit n kitorg sorak2..sebab bley reach the level, ramai lak yang join!.and at the end, sampai adiah pun abis.
tomorrow, kena sediakan adiah lain lak!.haha.
our big bos.




tomorrow is the 2nd day.
yeah!

HTC is the best!hahahahah~






Tuesday, July 6, 2010

tired will do


bila badan dah penat gila sebab kononnya bekerja dengan penuh dedikasi selama 12jam tanpa henti.maka mood mood semua lari lintang pukang menjauhi diri. duduk lab sorang sorang ada pulak yang cakap mungkin ada yang nak teman nanti.sunyi sepi lab nie bila malam malam.bukan setakat lab, toilet, surau, office office terdekat semua sunyi. yang ada cuma bunyi troli sekali sekala kalau ada yang lalu.

decide, untuk balik.

hm..nak p mana malam malam nie?..round round area terdekat.konon mencari kedai makan terbaik untuk tapau. tiba tiba ternampak kedai ijau!.wah!.menarik. lalu terjah ke sana. wahh, nyaman..sejuk jugak kedai nie. takde orang..terus masuk tanpa hala tuju..sampai hujung kedai, mata mencari2 konon2 xnampak benda yang dicari.tapi sebenarnya otak xplan pun nak beli apa.
ternampak botol berisi air orange in color..owh!sedapnya!.pasti!..
ambil sebotol, langkah ke depan..

butterscotch n oreo diambil.

sampai kat kaunter, owh aku dalam 7E!.kedai ijau putih yang sejuk..otak blur lagi. cost makan malam arini rm10.40. tapi boleh makan ulang ulang sampai bosan!.haha.

diet apekah yang sangat tidak sehat ini?.

esok hari yang sibuk bila tiba lunch time. perlu menjengah booth. (owh.xsempat nak click gmbar booth tadi!rugi lak!sok lah!). harap2 booth mendapat sambutan..xde ape yang boleh dijadikan tarikan orang ramai ke booth kami.melainkan diri masing masing yang muka sorang sorang memang xbley blah!.haha.

harap harap esok kedua dua technician saya akan bekerja dengan penuh dedikasi.
maklumla, sorang dah cuti lama gara gara eksiden.
sorang lagi pulak nak bercuti lama prepare nak sambung study p oversea beberapa bulan lagi.
saya?.huhu.

saya juga mau cuti!..
will amik cuti on 23rd july nanti!.yeay!

surf internet tadi, in overseas ada special scholarship for women who wanted to futher study in engineering!wowww!!

Monday, July 5, 2010

remembering the far ones.

dedicated this pictures to my 4 beez in Shah Alam.

To Ariq Adam, Khasyifi Alvan, Ukhail Rayyan and Thaqif Rizqi!
bile nak balik,kanak kanak sekalian?hehe.

"tak ape lah kita jarang jumpa,
janji di hati tak penah lupa! =) "

untuk dia juga. =P


.........................................................................

am pretty excited waiting for engineering week (tuesday-thursday).
my 1st experience!
will be in charge in games!..
hey guys, visit our booth!..
Hardware Test Center (Agilent HTC)
vote for us!

tour to our lab?
tomorrow is the day!
its once a year opportunity that we open our lab for outsiders!
(orang orang di luar lab but inside agilent's gate!haha!)
hurry!!!grab the chance!

and erkk!,
yea rite! this event will be conducted at our 4 seasons cafe!..
so do visit us 3hours/day to win prizes!.
BUT!.its eligible to orang orang dalam kilang je la kan?.
haish~!.rugi!

she's SEVEN!

semalam birthday batrisyia. kami sepakat lagi membawa berkat untuk celebrate her birthday at KFC after office hour. So, around 430pm, dengan semangatnya i p beli kek!.sebab tak sempat nak buat.sempat buat kek lain je.(kek ape?haha!).. then, survey, punya survey, disebabkan kempunan nak mkn cheese cake, so i bought her oreo cheese cake. dah bayar kat kaunter, tiba tiba!!! ternampak pulak cake yang toppingnya cute gila!..rugi pulak rasa beli kek ni, tapi cake comel itu besar!.tentu tak habis nanti.rugi je. so xpe, ini rezeki untuk harini.

Hanim called to confirm the plan. so, dengan semangatnya die pun drive dari office to meet me at KFC di tengah tengah town.Sampai saja kat sana, tengok tengok the burfday girl tak sampai lagi. keluar umah pun belum!.adeh!.jam mcm nie!...tok babah n tok mama lak dah otw..haiik!...
after 10minutes tunggu dalam keta, hanim pun sampai..then my parents pun sampai...haaa!.nak dok mana nie?..so kami semua pun masuk la KFC.. sejukkan badan...sambil berposing posing kat tempat paling strategik dalam KFC tue..

the adorable ones.
kakak dan mummy.

my idol yang pemalu.well, i cant changed him!

...................................................................................................................

sampai je si tujuh tahun bersama keluarganya, tukar tempat lak. makan pizza lagi best!.
yeap, we agree!..lebih banyak choices since my parents tak layan sangat KFC, they sememangnya love pizza the MOST!.

tengah sibuk sibuk mengorder, barulah abang kesayangan semua sampai. aman.
lambat pulak paklang nie, p mana ntah?.

the 5 of them

batrisyia khairina after 7 years.

and the oreo cheese cake

with the love ones.

aliff n tisya with tok babah n tok mama

we switched from KFC to PIZZA.

aman.

their son.

we love u!muah!
..............................................................................................................

my soul.sister sedang menantikan hari bahagia!

boleh nampak muka bahagia kakak saya?

they just LOVED! the tomatos!

........................................................................................

and i reached penang at 830pm. =)

Thursday, July 1, 2010

haru biru hitam kelabu

haru biru hitam kelabu

haru -
bila semua yang dirancang tak menjadi seperti yang diingini.

biru
kami bertiga nampak biru sekali hari ini. lab terlalu sejuk. owh Tuhan!.perlu bertahan.

hitam kelabu -
langit di luar, awan mendung. membawa takungan air yang sangat berat. dan sarat. nanti tepat di atas bumbung kilang, pasti turun berderum!..yea.tepat!.semakin sejuk!semakin dingin. berulang kali kunjungi toilet.berulang kali menukar air yang cepat terkondensasi.
cepat menyejuk.



haru biru hitam kelabu hari ini.

hujan lebat sampai balik.mempunyai jiran yang baik. memayungkan diri sampai ke kereta untuk mengambil payung. lalu berjalan ke pasar malam. tiada tempat dikunjungi. hanya membeli tau-fu-fah abang ensem yang 3 jarinya merah berinai sejak minggu lepas. dah kawen. lepas ni tak mau beli kat situ dah, nak beli kat tempat lain pulak yang abangnya jarinya tak merah berinai.(kat mana?hmm)

masak?.
masak air.
masak?
rendam teh.
masak?
bancuh teh o.
masak?
makan biskut kering.

housemate balik bawa laki. aduh, housemateku dah ada laki. haha.housemate ku dah ada hubby.
housemate balik kemas barang. permanently keluar tinggal bersama hubby. sungguh keluar terus keluar.
esok testing harapnya jadi. harapnya suhu tak fail lagi.harapnya humidity menepati.harapnya semua memenuhi ciri.
tinggal sehari lagi. lepas tu sampailah saya ke SP dan alor star untuk 2 hari!
harap minggu depan kita jumpa lagi!

......................

kenapa perlu beratus ratus ciri ciri untuk ditepati?.
undur diri.