Monday, March 15, 2010

Fikir lah sendiri

bila terbaca kisah seorang penternak lembu yang enggan berkahwin gara gara ingin berjaya dalam careernya ramai kawan kawan yang ketawa. biar betul tak mahu kawen?.haha.kalo si penternak ini lelaki,mungkin tak pelik. tapi ini perempuan!..owh!.perempuan zaman sekarang, jangan di buat main!..tidak lagi memperdulikan hal hal kahwin ini andai sudah bekerjaya. (betulke?).
minggu lepas ada pulak satu artikel yang bercerita tentang tahap kesuburan perempuan kian merosot dan mungkin akan terus merosot dengan teruk menjelang 2015 nanti. ini pun parah juga, kerana ini adalah percaturan yang telah perempuan perempuan sekarang lakukan demi kerjaya masing masing. perempuan sekarang lebih utamakan kerjaya berbanding soal kahwin.ini bukan benda baru, tapi memang dah wujud sejak dulu tapi hanya pada lelaki. tapi zaman dah berubah, teknologi pun semakin canggih, manusia pun berubah. semua semakin maju.
yang perempuan telah meletakkan diri mereka dengan lelaki sama levelnya. tiada tolak bandingnya. untuk berjaya, yea ini perlu. kerana semua orang berlumba lumba untuk mengejar yang terbaik di dunia ni. tapi, bila fikir fikir life is too short!..sekarang nak kejar dunia, bila pulak kita nak kejar akhirat kan?.nak tunggu mati baru nak kejar?. itu tak seimbang.. apa apa yang kita lakukan, keseimbangan adalah garis panduan. betul?.nak kejar dunia, biarlah benda akhirat pun sama sama seiring. baru seimbang.
seimbang nie bukan setakat tu je, kalau tak kawen pun tak seimbang. sebab?..populasi manusia akan pupus. macam dalam artikel tu la. dianggarkan populasi rakyat Malaysia selepas ini akan menurun. semuanya gara gara orang orang zaman sekarang yang tak mau nak ada commitment keluarga yang besar.nak yang kecik dan moden.kalau tanya saya sendiri pun, hmm.tak tahu lah nak cakap..nak cakap pasal kawen nie, jauh lagi kot?.see?..adakah saya tergolong antara mereka mereka yang lebih pentingkan kerjaya dari keluarga?.haha.tidak.tidak. (tak kot?hehe)
apepun, seimbangkanlah diri kita.yang tak kawen, boleh la fikir fikir untuk berkahwin demi menjaga populasi rakyat Malaysia akan datang. dan bukan kerana nak melahirkan anak anak Malaysia yang dah di mix dengan orang luar seperti Indonesia,Thailand, Filipina dan Singapura. Sebaliknya Malaysia!Orang kita!
tapi sekarang lelaki lebih ramai dari perempuan.agaknye sebab tu la kot perempuan ramai xnak kawen skrg?..sebab dah xleh nak pilih...asal pilih dapat suami orang...asal suka tetibe bf orang...aduh!..kesian perempuan2 sekarang kan?..ke lelaki juga mengalami perkara yang sama?
uhuk..seb baik saya ada dia..amiinn~!...tunggu saya stable dulu yea,hehe~!

0 comments: