Monday, March 22, 2010

nak apa sebenarnye?


lepas saya grad saya buat macam macam.saya training cookies, cake & roti.saya perlu pasarkan cookies kat kilang.saya jadi "penjual kuih raya" di kilang. tapi dalam masa training tue, bos saya banyak bg nasihat. banyak tanya saya, betul ke saya nak semua nie?.sebab, die yang baru kenal saya untuk beberapa bulan tu berpendapat saya jenis yang akan sesuaikan diri dengan apa saja..lepas saya fikir fikir, saya rasa..


saya nak try management!pakai baju cantek!bergaya seperti eksekutif!baju korporat!.macam bapak saya dulu, ada dinner2 die akan pergi.pergi overseas melawat sana sini.lalu, saya amik keputusan...


saya join management training.

tapi training itulah yang telah memaksa saya deal ng orang kampung yang saya sendiri tak kenal.tapi mereka sangat mengenali bapak saya dan sangat menyukai saya untuk ke sana setiap hari.saya terpaksa berfikir nak beli lembu mana.lembu??.anda boleh bayangkan anda masuk kampung nak tengok lembu.lembu harganya beribu ribu.macam mana mata yang tak pernah menilai lembu ini, nak menilai lembu sebesar itu cukup ke untuk 2000org makan?..macam mana nak atur aktiviti untuk orang kampung, kawan kawan serta orang luar.ape program yang sesuai untuk adik2 yang masih bersekolah?.tak tidur malam siapkan proposal untuk dihantar ke KL bagi tujuan kelulusan budget menjangkau RM40K.ini bukan benda main main!..4 kali reject, baru approved!.syukur!

banyak yang saya belajar, saya belajar grooming cara eksekutif jgk yang menuntut saya untuk makeup setiap masa, berkasut tinggi (sy sangat SUKA) tapi WAJIB bertutup (yang paling saya tak suka).saya jumpa mereka mereka yang pernah berada dipuncak dan jatuh tersungkur semasa membina kerjaya, lalu bangun dan berjaya..saya kagum!.

yea benar, mereka lah trainer saya. sangat motivate diri saya yang hampir tergelincir dalam mencapai cita cita.dan sekali lagi..rupanya langkah saya belum pun bermula.saya berfikir,


ini ke yang aku nak?


dan sekali lagi, bila saya tanyakan pendapat,

masing masing bersetuju

"campak je kat mana mana.dia akan hidup"

tapi sebenarnya bergantung pada diri kita.

nak tau tak?

kalau nak, u know what u have to do.

kalau xnak, buat cara tak nak.

hukum DIA simple.


;


few weeks ago,

sekali lagi, byk benda yang bermain dalam kepala.

decision nak kena buat.


;


nak kekal?

nak stick pada benda nie?

atau nak buat benda baru?

imi.wake up.


;


kata kata seseorang kepada saya

"i habiskan masa blajar untuk jadi cikgu, memang patut pun i jadi CIKGU..

tapi u, blajar bertahun tahun untuk jadi engineer,tak nak jadi engineer?"


;


yang lagi sorang pulak

"ohwoo..i dah penat imi nak jadi engineer, yang i tau i dah xnak!!!

tapi i masih kat sini! tapi kalau cari keja lain, mungkin cikgu atau tetap engineer kot"


;


dan trainer saya memberi pendapat

"mungkin awak nak jadi macam saya?.mula mula saya jadi cikgu, lepas tu saya lari.saya join industri untuk cari pengalaman dan inilah saya sekarang, bercakap di depan awak, bergerak ke sana sini.enjoy!"


;


yea.
sekarang saya pertaruhkan bukan sekadar perasaan cuba
tapi masa depan saya, diri saya dan keluarga saya.
saya nak apa yang saya nak.
saya akan buat apa yang saya nak buat.
saya akan kejar selagi saya mampu kejar.


;


saya keras kepala.

saya tak da hati.

saya adalah saya.

jangan main dengan saya.

tapi saya tunduk pada sesuatu.

DIA.
..................................................

ChuChi Tunnel, Vietnam

Perasaan sekarang sama seperti ketika nak masuk lubang kecik ini.

saya akan berjaya kluarkah?untuk itu, yea.

untuk ini?.

2 comments:

ryzd said...

aku suka post nie... ada umphhh... huhu.. lu pikir la sendiri..

n I'mI said...

hahaha..maceh..maceh..