Wednesday, March 10, 2010

Hukum Alam

bila sayap malam tiba.
bintang jatuh menghentam bumi.
semua berebut menyambut, menyahut, menggenggam erat.
namun untuk diri ini hanya dua yang mampu disentuh tanpa mampu menggenggam rapat.
adakah benar ini takdir untuk diriku?.
atau perlu dipilih?

kenapa perlu tamak haloba.
untuk menggapai segalanya.
tapi hati sebenarnya belum memberi jawapan pasti.
mencuba.menolak.
menunggu.menerima.
adakah harapan ada?
atau hanya khabar angin yang singgah saja?

kenapa tiada hitam dan putihnya?
kenapa perlu di biar ternanti nanti?
kenapa perlu main tarik tali?
tak lepas, tak tarik, di biar tegang, dan kadang kendur.

di mana sikap professional itu?
di mana haluannya nanti?
perlu lebih lama menanti?
adakah pasti?
atau melangkah pergi tanpa menoleh belakang lagi?

tetapi,
hukum alam yang ditentukan tuhan,
"takkan AKU mengujimu dengan sesuatu yang AKU tahu kau tak mampu menanggungnya"
"takkan AKU memberikanmu sesuatu yang sememangnya tidak akan kau hargai"
"AKU akan tetap disampingmu dari mula sampai akhirnya"
"Cinta sejati hanya pada KU, nescaya kau akan peroleh semua cinta yang ada"


kisah itu tergantung sampai bila?


---------------------------------------------------

kedua,

kisah aku dan dia.

cintaku padaNYA perlu lebih kukuh.
kerana,
ku tahu DIA lah yang mencipta & memelihara
kisah aku dan dia.


amin.


take care yea.

0 comments: