Thursday, November 18, 2010

sore throat.

terima kasih kawan kawan kerana support sepanjang minggu.

1. buat kawan yang sudi lunch dengan aku walaupun ape aku cakap die tak dengar and asyik ckp "imi, talk louder please, i cant hear u"..."imi sory, i xdengar lagi"... " okay imi, stop!..pitty u already".

2. buat colleagues yang telah berikan aku 2 bungkus herbal tea yang sungguh pahit, berbau harum akar kayu. tapi hanya berkesan untuk kembalikan suara selama sehari dan hilang kembali.

3. buat kawan yang telah menyuruh aku mencari petua petua dalam internet seperti minum kicap bersama limau. minum air asam jawa. serta petua ini (tapi aku xbuat yg ni sb aku xde air sirih)
" Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala. "

4. buat inhouse doctor serta doctor dekat umah yang telah menyumbangkan ubat ubatan seperti Thymol Gargle,Jujubes,Allerpid serta beberapa jenis lagi.

Aku tak tau yang mane berkesan membantu memulihkan kembali suara. Tapi sekurang kurangnya hari ni aku dah ada suara setelah seminggu struggle takda suara. Walaupun ramai yang masih memerli seperti nenek, ella, atau salim!..ape da...baru rock mcmni!haha..

...................................................................................................

video ini Wan buat masa lunch kat Kenny Rogers, qbay last tuesday. Masa ni dok berhepi hepi suara telah ada setelah minum herbal tea, walaupun masih tak boleh makan laju laju dan keras keras dek kerana tekak yang luka. tapi, lepas makan...semuanya berubah..silent mode..masa raye aji, blasah lagi laksa pulak...terus diam tekak ku!..





ok, im off to alor star for weekend!!... weeeeeeeeeeeeeeee!can't wait for Monday!.

0 comments: