petang sabtu,
abah call bgtau nenek dalam keadaan tenat.emm.sangat terkejut. lalu mengambil langkah laju2 balik kampung. arrived at 830pm.
Tengok nenek bagai nak luruh jantung nie, keadaan nenek sangat trok. Nenek kena strok. Dah tak mampu nak melawak ng nenek lagi. dah tak boleh nak cakap "take care nek!" sebab nenek mmg dah tak boleh take care sendiri da.
Bile panggil, nenek cuba menyahut, tapi tak boleh. menangis sekejap.
Umur nenek dah 91tahun, ikot IC baru 86tahun.
satu satunya nenek yang pernah wujud di depan mata aku.
kucing tak makan ikan.sedap gile makan nasi gulai ikan, ikan goreng garing garing, sambal, gulai nangka, ikan bakar..ikan yang sama je, tapi makan ramai2 adalah TERBAIK!!!
ahad pagi, me, hanim, abah together with adam n mohamad, p beli ikan kat kuala sungai (betul ke x ha nama tempat tue?)..tempat tu on the way to kuala kedah tapi ikot jalan kampung, lalu sungai2..haha! (ape la description trok gila...)
sampai kat sana, ada pasar pagi..em hari2 pun ada..so pasar pagi tiap2 hari kot namanya..abah tak bagi ikot die masuk kat tempat orang jual ikan tue, tapi die soh kitorg p tengok orang tengah naikkan ikan kat tepi sungai..owho..menarik, orang tu tarik ikan kembung yang terlekat2 di celah2 pukat, salah tarik, putus kepala ikan..cian skali!haha.
yang paling menarik bila ada seekor kucing gemok, tidur tanpa menghiraukan ikan FRESH yang ada kat depan mata..emm..agaknya da bosan kot nak makan ikan...so die tidur..tak pun sebab die da betul2 kenyang sampai nak temuntah tengok ikan, so die kena tutup mata die buat buat tido.haha..macam macam andaian.
ahad tu,
tengok nenek macam ok sket.
memang da ramai orang datang umah lawat nenek.baca yassin.
kami semua cucu2 serta cicit2 nenek memang berganti2 baca yassin dan jaga nenek.
tapi aku paling takot bila nenek genggam tangan dengan kuat!..aku takot genggaman tu tiba tiba jadi longgar.
tengah azan maghrib ari ahad tu, tiba tiba nenek sebut "bang" owh, itu azan!.yeah, nenek tiba tiba bercakap, dan nenek tiba tiba menjadi kuat selepas maghrib, nenek boleh angkat tangan ke dua dua belah, buka mata dengan luas, mulut nenek da tak nampak senget, dan nenek juga boleh senyum dan pandang orang!..semua terkejut!..tapi lega..
sekali lagi, kami berkumpul beramai ramai seperti family day dikampung.
tapi kali nie, umah kami bergema dengan ayat2 suci al-quran sepanjang masa.
hati tenang. ntah kenapa, aku pulak over over rasa tenang, suka, dan sekali lagi, terdetik HIJRAH itu.
isnin pagi,
kami semua pulang.
yang belajar, sambung blajar balik.
yang kerja, sambung kerja balik.
mumy, abah, paksu, maksu, autie.
setia menemani nenek di kampung.
will trigger us if anything happened.
harini,
nenek koma.
ape pun, doakan untuk nenek.
andai pergi itu lebih baik, kami redha!


0 comments:
Post a Comment