Thursday, October 8, 2009

calar

calar. semua orang tentu tak suka bila handphone baru beli tiba tiba ada calar. tu baru handphone.belum lagi kereta.bila kereta baru beli calar, lagi la..bising satu dunia..cari kesalahan semua.siapa calarkan kereta siapa?. kalau laptop calar?.sama saja tindakannya.mesti akan cari kesalahan diri atau kesalahan orang lain.
tapi apa yang akan anda buat, bila reputasi anda tercalar?.tercalar dek kerana perbuatan sendiri ataupun calar kerana dengki khianat dari orang lain?.tapi biasanya, lumrah manusia bak kata pepatah, gajah di depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang laut nampak pulak kan?.tidak tahu nak nilai diri sendiri, sebaliknya nak salahkan orang lain saja. kalau anda rasa reputasi diri sedikit tercalar dek kerana perbuatan sendiri, mengaku sajalah.ada orang lain kisah?.tidak, bukan?.malah, tak ada siapa siapa yang tahu. cumanya sekarang, sama ada kita berani atau tidak untuk mengambil langkah seterusnya?.
dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, agak susah, memang susah sebenarnya nak cari seorang perempuan yang betul betul "perempuan melayu"..bukan setakat perempuan melayu..tapi macam mana nak cari lelaki melayu?..kerana ramai lelaki yang selalu nak jadi "english.man?"..semua pun nak ikut lifestyle orang barat. kenapa tidak mahu create cara hidup sendiri?.kenapa lelaki melayu tidak ada identiti sendiri?.lelaki pandai nak cakap, susah nak cari perempuan melayu yang betul betul terjaga segala akhlak serta tingkah laku.tapi kalau dah diri sendiri pun tak terjaga..macam mana nak demand yang lebih-lebih pulak?..dah termaktub, jodoh yang baik itu dengan yang baik, yang jahat itu dengan yang jahat.tapi jangan kita silap menilai maksud disebalik baik dan jahat itu. kerana sekali kita ambil keputusan untuk berdua melangkah ke peringkat yang lebih tinggi, maka kita akan saling melengkapi. lengkap dari erti kata apa?.itu hanya mereka yang sudah berkahwin boleh memberi huraian yang panjang coz i'm still single!
jadi, sama samalah kita menjaga diri sendiri supaya maruah diri serta persepsi orang terhadap kita tidak lagi negatif.serta boleh mencalarkan hati hati semua pihak yang related dengan kita.
saya ada seorang kawan yang baru baru ini menceritakan bagaimana tercalarnya perjalanan hidupnya..tapi mungkin tidak sesuai untuk dikongsi dalam blog ini kerana isu isu tertentu serta mungkin boleh mengaibkan orang orang yang terlibat.tapi saya bersyukur, dan saya tahu kawan saya ini tabah, kerana dia telah kembali kepada kehidupan normalnya, tanpa perlu lagi menjalani liku liku hidup yang sentiasa merunsingkan fikiran serta menitiskan air matanya untuk bertahun tahun lamanya.mudah mudahan dia akan bertemu dengan jodoh yang terbaik buatnya.


owh hari ni birthday
En. Ridzwan
& En. Syafiq (my.long.lost.contact.classmate.)
happy 25th birthday guys!

2 comments:

Anonymous said...

hope kite sume dpt jodoh yg baek!!

Anonymous said...

Hmmm...sesuatu yg calar tu xsemestinya bruk lg teruk, tp ada jugak hikmah n natijahnyaa..utk dibuat pedoman bersama!
kalau xde yg buruk xde la yg cantik, coz dr buruk la timbulnya idea utk merubah kpd yg cantik. Sama la jgk dr yg xelok kpd yg elok...
Buat kwn imi tu..tabahkan hati ttpkn iman. pandang terus ke hadapan! jagan pandang belakang..hohoo
sesekali jika terlintas xpe...jgn di tangisinya lg..aduh!