Thursday, June 24, 2010

ceriakan saya.

ada pulak yang comment status "ceriakan saya" itu seperti "ceraikan saya".
nak cerai cemana?kawen pun tak lagi!haha.

minggu ni mau balik umah lagi.
nampak gayanya, sampai end of july,
akan terus busy untuk pulang ke rumah tiap tiap minggu.
sehingga selesai semuanya pada tarikh itu.

ceriakan saya.anyone?
sekian.
................................................

last sunday,
membawa si kakak for new hairdo!

die terasa sangat comel!.

si adik jugak ikot.



si kakak, dah pandai tulis diari.

...................................

last saturday dinner,

the iced vanilla.

with
chicken sandwich.

this week..
dinner with me, anyone?

Wednesday, June 23, 2010

bushes.

bingung.runsing.
kenapa tiba tiba hati saya jadi kacau?

suara suara yang berbisik di hati.
pergi jauh jauh.

Tuesday, June 22, 2010

jom pilih.


susah nak pilih?


hati suka.
bestnya kalau banyak pilihan kasut. kan?
boleh pakai yang mana suka bila bila pun.


kalau ada lagi pilihan?
wow!!
beg pulak!. bestkan kalau banyak beg macam nie.
boleh tukar tukar.
pasti banyak syiling bergelimpangan dalam setiap beg dan bila dikumpul kumpul boleh mencecah 50ringgit!


dan ada pilihan lain lagi.macam mana?

baju pulak.
penuh satu almari dengan baju baju menawan.
lagi susah nak pilih.
try 1 per 1, ada saja yang tak kena.
tapi last last pakai tshirt lusuh jugak.


tapi,
kalau ada banyak pilihan lelaki?
tudia kau!..ilmu apa yang kau guna tue?

mungkin perlu biar mereka yang memilih. kan?


saya sebenarnya nak pilih tempat berteduh.
bukan nak pilih baju, beg, kasut atau lelaki.
so, nak pilih yang mana?

Sunday, June 20, 2010

cold.

according to procedure, we cannot run any test today. the temperature is out of spec. too low.too cold.and keep on decreasing from 21' C to 15'C. semuanya disebabkan cuaca tak menentu di luar, kami di dalam lab ini terpaksa bersejuk sampai ke tulang!.hoho.setiap orang yang masuk, semua pasti cakap " ini gila!!! kenapa terlalu sejuk?? tak boleh control ke??"...haaa, tau pun gila, dah tu, nak buat mcmne...sape yg control aircond nie skrg??.haha..pakgad?.hikhik..
kalau i tau ujan lebat ni akan turun balik, confirm2 i xmai keja arini.hahaha..pagi tadi pun datang lambat sebab ujan lebat.ingat nak cuti je, tapi rasa rugi dan bosan plak kalau duduk umah je.kalau boleh jalan jalan best la.tengok tengok ujan dah stop at around 930..so i decided to go to work lah..ramai nye datang lambat.so ok la kan..tapi, baru je melangkah masuk melepasi pakgad setelah terpaksa parking jauh kerana parking sudah penuh, hujan turun dengan lebatnya!lerrr..ujan plak!...pastu teringat, alamak!..purse dalam keta!..dem!..xlunch la aku arini...tapi, tengok dalam pocket jeans lusuh nie, eh ada rm10!..haha..gud2!..ni la gunanya letak duit merata rata!hahaha...rasanya sejak dari sekolah aku dah terkenal dengan letak duit merata rata setelah kantoi dengan cikgu. Cikgu tu namanya Puan Haslina(betul ke x eh??lebih kurang mcm tu arr) jumpa banyak duit dalam Oxford Dictionary aku setelah dia buka.selak punya selak dictionary tue, ada lebih kurang rm50!..duit seringgit, spuluh ringgit, dua ringgit..pastu siap die announce kat clas, sape xda duit bley datang jumpe aku sebab ada banyak duit dalam dictionary.cis.enuf tentang itu.

sekarang semakin sejuk, dan saya sudah beberapa kali mengetuk meter pengukur suhu, kot kot salah ukur, tapi tidak!..tidak berubah!hahaha..adoi..cepat la petang!.saya mau pulang!..saya sjoook gile!..dan period pain jugak meluak2 kesakitan!.help!.

hati sjuk.keras macam batu.kalau tetiba saya tiada perasaan itu maafkan, kerana semuanya telah beku.maaf sekali lagi!.

Friday, June 18, 2010

rindu bayangan

hari yang penuh dengan kesedihan. pilu hati.

sedih mengenangkan kawan kawan yang terpaksa meninggalkan kerja yang telah memenuhkan masa mereka sejak 6bulan lepas. bila kita dah buat kerja tu hari hari, tentu kita akan rasa sayang, walau pada dasarnya kita selalu cakap boring, boring, boring. tapi saya tahu, jauh di sudut hati, mereka sangat menginginkan sesuatu yang pasti yang "tetap". mungkin bukan rezeki mereka lagi, jangan putus asa.cuba lagi!.

sedih hati ni, bila mereka akan tinggalkan saya seorangan di sini. dulu boleh lah saya pun sama sama fikir yang saya pun satu hari akan tinggalkan tempat ini. tapi sekarang, saya masih belum ada tarikh yang pasti bila akan saya tinggalkan tempat ini.mungkin selama lamanya saya di sini?.boleh hidupkah saya di sini sampai nanti tanpa mereka yang sering menyerikan hari hari saya di sini?..kita marah bila keadaan menjadi tak terkawal, kita sepi bila keadaan terlalu diam. tapi, saya pasti dengan adanya DIA di sini, saya akan okay okay saja.

emosi kawan kawan juga tak stabil.
ada yang nak marah saja.
ada yang ok ok saja.
saya tak mampu nak melayan semua kerana saya masih ada satu lagi kesedihan.

kesedihan itu,
yang pasti dan tak akan kembali lagi bila kita kehilangan mereka yang disayangi dek kerana pergi menemui Illahi. IBU. hari ini, hilangnya ibu kepada 4 orang anak perempuan, nenek kepada 5orang cucu dan sahabat baik kepada ibu saya sendiri. saya turut sedih, saya terkejut. saya speechless.tapi memang dah tak boleh buat apa apa. Perginya dia yang sering menjadi telinga kepada kisah hidup orang sekeliling. Hati saya sangat tersentuh. mungkin kerana saya terlalu terhutang budi kepadanya. Tanpa bantuannya suatu ketika dulu, mungkin saya dah kehilangan tulang belakang keluarga kami. Dia juga penyambut 7 orang hunny-beez saya. Tanpanya, maka terputuslah sudah hubungan nenek dan cucu cucunya. Saya sedih.Tuhan telah mengambil kembali anugerah yang dipinjamkan kepada kami sekeluarga.
Semoga ibu saya akan terus ceria walaupun telah kehilangan sahabat itu.
Mummy, u still have us!.

Semoga roh tokmak dicucuri rahmat illahi.Al-fatihah!

I'll be back to Alor Star tomorrow with sorrow.
Tak tahu macam mana nak hadapi minggu depan di sini.
Tak tahu macam mana nak hadapi keadaan sukar lagi selepas ini.

Sunday, June 13, 2010

nafsu makan menggila!

its totally a hectic week this week. sampai tak da weekend. im working during weekend!.kalau tak kerana tanggungjawab, mungkin saya tak buat. sebab saya langsung tak dapat payment tambahan.kesian kan?.mungkin kerja saya tak seteruk orang lain, saya cuma perlu settlekan dokumen dokumen sebagai preparation untuk technician saya nanti. die akan di audit.semalam mungkin lambat saya balik, sampai malam.(minggu ni memang saya balik malam setiap hari!), tapi harini, saya agak malas.jadi saya lambat ke ofice (lambat 1.5hours dari biasa) tapi saya balik awal!!..saya terasa muak dan jelak nak tengok semua tue.haha.mungkin sebab saya sebenarnya kelaparan, mencari nasi yang dah berhari hari saya tinggalkan.tapi saya makan fast food yang membuatkan saya rasa "aku akan cepat kena heart attack, darah tinggi, serta kencing manis!"...owh God!.selamatkan saya dari semua itu..kerja gila makan pun gila, bos belanja mcd, semalam mkn kfc dan hari ni kami mencari nasi beriani!!!!...owh after 6 months, saya makan jugak nasi beriani yang saya mencari cari..somewhere near to Komtar, near to Pasar Chowrasta,but totally NOT nasi kandar LINE CLEAR!!!!..haha...

menjejak kaki ke kedai Hameedia itu, orang sangat ramai!..tak de tempat duduk, saya dan wany jadi blur..eh kite nak buat mcmne nie?.order?cari tempat?..bile dah 5minit berlegar legar dalam kedai mencari tempat, akhirnya berjaya jugak mendapat port menarik untuk melepak.bahagian atas kedai, FULL!..kami duduk di bawah saje,..then, seingat saya nasi tu kena p order kat depan, so saya pun memberanikan diri bertanya di tengah2 kekecohan orang ramai memilih lauk.."Nasi beriani ade?" then semua buat tak layan..saya usha usha, semua orang makan nasi putih je...(nasi kandar la tu kot?)...saya pun dah blur..."aku salah kedai ke?"..tapi rasanye kedai ni la bapak aku slalu bawa dulu...saya yakin!!...

then tanya lagi skali, kali ni pada mamak yang lebih tua dan hensem.."nasi briani ade?".."ada...ada....lagi 4minit!!..boleh tunggu??"...senyum lebar aku!!.."yeah!sure!"..fuhhh, dalam hati berbunga bunga...tak sia sia aku berlapar, tak sia sia aku berharap nak makan nasi ni bersama housemate2 walaupun hakikatnye harini wany je ade!..blasah saje...wany plak dah lapar sangat, xleh nak bergerak..duduk je..haha...lepas 5 minit, nasi pun sampai!!!....waaaahhh!..heavenny!...mau makan dulu!!...nasi nye banyak gile gile...then baru lah teringat, dulu abah mesti order nasi 2 pinggan je, then pinggan kosong yang banyak..haha..tapi harini, blasah saje...sorang RM10 untuk chicken briani + barli ais..nikmat!...Tuhan mempermudahkan saya mencari kedai..and it's worth it!..

statement wany "haaa...imi...ni la nasi briani yang aku suke!!!!..bapak aku penah bawa mkn sini jugak!..ni baru real briani!"...haha..

dan selepas berpanas panas berjalan (sebab kami parking jauh gileeeeeee)...okey, nak pecahkan rahsia jugak, kami parking near to Sup Hameed and kedai itu is like 3blocks from that parking area..whatever, janji puas ati!..and lepas tu, kami pun melangkah pulang singgah ke Queensbay,hadooii!..manusia!..ramai gileer??!..buat ape ntah?..disebabkan rasa terlalu crowded, n saya terasa tension sebab saya perlukan tempat yang lengang, yang relax...sy lebih suka pandang laut!..luas terbentang itu...after berjalan jalan, kami pun pulang ke rumah sebab kebosanan...dah duduk kat rumah, bosan lagi...kami order PIZA!..okey, tak mau cite dah!...nafsu makan menggila!..Tuhan, please...help me to de-toksin semua ini!!!!!!!!...

anyway, sebenarnye kat mane briani terbaek kat Penang nie?...Kapitan Claypot Briani is in the list kah??

Thursday, June 10, 2010

burfday buzz!

its my day.
..........................................................................................................

its in the afternoon.

the simplest ever.

thanks hanim for the cake.

i lov the most.

i hug u batrisyia khairina for the "gift"
die sudah pandai mainkan lagu birthday!.
thanks sayang!

and she's there too.

30days naily khaleesa.





thanks mumy and abah for raising me up till i reached 26!