Friday, June 18, 2010

rindu bayangan

hari yang penuh dengan kesedihan. pilu hati.

sedih mengenangkan kawan kawan yang terpaksa meninggalkan kerja yang telah memenuhkan masa mereka sejak 6bulan lepas. bila kita dah buat kerja tu hari hari, tentu kita akan rasa sayang, walau pada dasarnya kita selalu cakap boring, boring, boring. tapi saya tahu, jauh di sudut hati, mereka sangat menginginkan sesuatu yang pasti yang "tetap". mungkin bukan rezeki mereka lagi, jangan putus asa.cuba lagi!.

sedih hati ni, bila mereka akan tinggalkan saya seorangan di sini. dulu boleh lah saya pun sama sama fikir yang saya pun satu hari akan tinggalkan tempat ini. tapi sekarang, saya masih belum ada tarikh yang pasti bila akan saya tinggalkan tempat ini.mungkin selama lamanya saya di sini?.boleh hidupkah saya di sini sampai nanti tanpa mereka yang sering menyerikan hari hari saya di sini?..kita marah bila keadaan menjadi tak terkawal, kita sepi bila keadaan terlalu diam. tapi, saya pasti dengan adanya DIA di sini, saya akan okay okay saja.

emosi kawan kawan juga tak stabil.
ada yang nak marah saja.
ada yang ok ok saja.
saya tak mampu nak melayan semua kerana saya masih ada satu lagi kesedihan.

kesedihan itu,
yang pasti dan tak akan kembali lagi bila kita kehilangan mereka yang disayangi dek kerana pergi menemui Illahi. IBU. hari ini, hilangnya ibu kepada 4 orang anak perempuan, nenek kepada 5orang cucu dan sahabat baik kepada ibu saya sendiri. saya turut sedih, saya terkejut. saya speechless.tapi memang dah tak boleh buat apa apa. Perginya dia yang sering menjadi telinga kepada kisah hidup orang sekeliling. Hati saya sangat tersentuh. mungkin kerana saya terlalu terhutang budi kepadanya. Tanpa bantuannya suatu ketika dulu, mungkin saya dah kehilangan tulang belakang keluarga kami. Dia juga penyambut 7 orang hunny-beez saya. Tanpanya, maka terputuslah sudah hubungan nenek dan cucu cucunya. Saya sedih.Tuhan telah mengambil kembali anugerah yang dipinjamkan kepada kami sekeluarga.
Semoga ibu saya akan terus ceria walaupun telah kehilangan sahabat itu.
Mummy, u still have us!.

Semoga roh tokmak dicucuri rahmat illahi.Al-fatihah!

I'll be back to Alor Star tomorrow with sorrow.
Tak tahu macam mana nak hadapi minggu depan di sini.
Tak tahu macam mana nak hadapi keadaan sukar lagi selepas ini.

0 comments: