Monday, September 13, 2010

Raya 2010.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431
Tahun nie sambutan hari raya sangat bersederhana.
Alhamdulillah, sekali lagi kitorg apat berkumpul satu famili.
Tahun lepas tak dapat, sebab kakak sulungku beraya di KL.

Haa!..one happy family..
Sebenar dan sebenarnya, abg ipar yg sulung takde dalam gambar.
Petang baru sampai..hehe.
Ape ape pun, tetap cukup 5 beradik, anak anak Hj Khalid n Hjh Rahimin
BerTUJUH sudah..

Inilah koleksi anak anak sedara tersayang.
Wahhhh! Dah ramai!!!..
Nak lagii!Nak lagii!!..hikhik!

Syiookk arh!!
Seperti biasa, lepas sembahyang raya baru lah kami pulang ke kampung nenek.
Tapi selalunya sebelum sampai rumah nenek, kami akan beraya ke rumah wa-chaq ku dahulu.
Wachaq, kakak kepada bapakku.
Gambar sekeluarga bersama wachaq dan cucu cucunya.
Kurang memberansangkan kualiti gambar. adoihai.

Kami sangat teruja melihat itik angsa di rumah wachaq.
Mereka tidak pernah melihat secara dekat itik angsa.

Ukhail sampai tak mau balik sebab teruja gila tengok itik angsa.
Setelah kenyang minum air orange bancuhan serta puas tengok itik angsa, kami pun bergerak ke rumah nenek.
Sebelum solat jumaat.
Gambar sekeluarga di rumah nenek.
Walaupun sangat berkurang bilangan ahlinya, tapi masih tetap meriah macam selalu!

sesudah solat jumaat.
Adik nampak lebih alim serta beriman.hahahaha!
Kakak yang baru je menjadi tunangan orang juga mahu beraya bersama tunangan di hari pertama.
Jadi, kami telah bergerak ke rumah si tunang.
Tapi bukan 1 keluarga, hanya aku serta 3 jejaka di atas.
Kagumnya, mereka bertiga telah behave dengan baik sekali.
Bagus anak anak saudaraku!

Bersama encik tunangannya.
Berakhirlah sesi hari raya pertama

Macam macam ragam

-------------------------------------------

Raya kedua kami hanya duduk dirumah menanti kawan kawan datang.
Tentu sekali, kawan kawan saya yang akan memenuhi ruang rumah saya.Terima Kasih kawan kawan!Walaupun tahun ni, tak menjemput seluruh kawan kawan, tapi masih ramai.Sorry, xsempat nak beropen house besar besaran untuk kawan kawan.
Pembuka majlis. Ini antara kawan kawan terawal yang datang.
Dan kami juga tidak banyak bergambar memandang masing masing sibuk bergosip serta update hal masing masing.hahaha! Biasa la kan.
Anyway, congrats to kawan kawan yang telah berbadan dua sekarang!Comel gile kawan kawan aku pregnant!Berseri gitu!

Seperti biasa, penutup majlis saya mestilah seseorang yang agak penting dalam hidup saya sekarang.Dia tahu dia siapa.Haha!

------------------------------------------------------

Raya ketiga,

sunyi...anak anak sedara balik ke kampung sebelah bapak mereka...so, kami semua di rumah pun buat hal masing masing, kluar je...

Sempat meraikan pengantin baru.

Tahniah buat Nurah & Fendi. Selamat berbahagia.

dan meneruskan perjalanan bersama Cik Riben& Cik Yunie ke SP untuk kunjungan balas. Chewah!hoho!

Tahun ini kami masih sempat beraya bersama.

Mudah mudahan tahun tahun hadapan pun masih boleh beraya bersama.

I mintak maaf byk byk okey! I tau i selalu kcau u n assume itu ini!haha! So 0-0 ok?

-------------------------------------------------------------

Untuk semua,

saya ingin memohon ampun dan maaf. Andai terkasar bahasa dan perbuatan. sesungguhnya, saya juga manusia biasa.

Salam salam.minta maaf banyak banyak!

Selamat Hari Raya!

------------------------------

pukul 11 mlm, panic untuk setengah jam bila abah bgtau

"imi hanim, cepat naik bilik abah tengok mama, mama sakit!! abah try call imi byk kali xdpt,knape?"

aaaa...xtau!maxis la nie!..gile btul!.seb baik aku memang kat umah, cuma aku kat bawah je, parents aku kat atas.

-----

"xpe dah kot, nnt kalau ape2 abah panggil k"

uhukk..mama, jgn jdi mcmni lagi..takot! =(

kakak2 n abang2, jgn risau, xde pape..mungkin mummy penat 2 3 arini.(im still trying to make myself calm)

2 comments:

eye*da said...

Sayang!!! I love your pink earings:)Been so long since the last time i put some comments. Miss you so much babe

n I'mI said...

hahaha!

i L.O.V.E it too!..but, its not actually my 1st choice, tp da sebab color yg i nak da xde, so i amik je and suddenly suit my bju kurung lak!.hikhik!
babe, miss u too!
coming back for raya aji?