Pagi Jumaat lalu dalam Malaysia Hari Ini diorang bincang bincang topik macamne nak memikat hati. tapi diorang tak pulak nak fokus untuk cara memikat hati perempuan sebab katanya topik tu sangat biasa. Jadi diorang bincangkan topik nak pikat hati lelaki. owh!.betul la jugak kan?.pikat hati lelaki. macam mana eh?..rasa macam tak pernah je nak pikat hati lelaki..hikhik!..Mungkin saya jugak kurang mengambil berat bab bab nieh..Kena tahu apa yang dia suka..itu pun saya tak tahu jugak.saya tahu 1 je, dia tak suka ikan bilis. dia suka makan asam pedas, tumis@air saya pun tak pasti.hehe.tapi apa pun, orang tua tua selalu pesan nak pikat hati lelakil, ikat je perut diorg tue.haha.so korang kena blajar memasak la kan..google pun boleh, macam kawan kawan saya yang baru kawen buat. yang dah lama kawen pun i believe selalu jugak google kat office kan?hehe.
tapi kat sini lets kongsi apa yang saya jumpa hasil membaca dalam satu page tue..dia bagi tips cara nak pikat hati lelaki. Tapi, lepas baca baca apa yang ditulis, banyak pulak songeh si lelaki nie.dah macam nak mengada ngada la pulak.apekah?!.
Tapi ramai juga perempuan yang bagi alasan tak de laki yang nak kat diorg sebab tu diorg takda boyfriend lagi. Lelaki tak minat perempuan?Itu macam satu pembohongan.Tipu besar. Tidak ada lelaki yang tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.Tapi sekarang, sememangnya perempuan nampak menonjol, dek kerana cabaran cabaran hidup yang terlalu banyak. Tapi sifat pemalu itu takkan hilang, takkan luput dalam dirinya. Banyak je cara lelaki nak kenali wanita. Saya pernah lontarkan topik ini semasa lepak2 dengan kawan kawan lelaki pada satu pagi dekat office, Melalui pemerhatian mereka, lelaki mengenali wanita sebenarnya seorang yang:
1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama bila libatkan perasaan.(betul kan?). tak perlu kata bila tersinggung,tarik muka panjang atau muncung ke depan berbatu batu. sebaliknya, cukup dengan dari petah berkata kata dia jadi kelu tanpa sepatah kata pun.
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan. Ini boleh dirujuk pada diri saya sendiri. sebab saya seorang yang cepat bosan. saya juga tak boleh nak duduk diam diam satu tempat.
3.Amat sanjungkan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.btul la tue, sebabnya, kalau dah lelaki itu terlalu sibuk bekerja sampai tak ingat siang malam, boleh delay delay time untuk dating sesuka hati. cakap nak datang 530ptg, tapi kul 515ptg msg pulak bgtau delay kul 745malam sebab keja tak sempat siap sedangkan esok cuti.(weekend).Sebenarnya kat mana letaknya cinta itu kan?.
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu tak betul betul puji pun tapi asalkan pujian itu tak sakit hati dan boleh gembirakan hati.
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Bukan tak percaya, cum a a sekelumit sangsi. (betul kan?) Mungkin sebab lelaki sebenarnya kurang nak mengucapkan rasa cinta itu dan mahu semua assume tahu apa yang bermain dalam fikiran serta isi hatinya.
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka memaksa lelaki kerana menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. (tidakla paksa sangat, cuma perlukan lebih perhatian dari lelaki).Dan sebab itulah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. (layan lebih sket boleh x?..bukan buat sesuatu yang terlarang, jangan salah faham..cuma pandai pandai la manjakan awek kan?tunjuk lebih sket yang kite sayang awek/bini kite tue...bagi je hadiah chocolate untuk hari2 biasa bila jumpa..pun dah dikira sweet jugak tue!) Walaupun begitu, perempuan takkan sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak. (lelaki sekarang terhad, patutkan perempuan cemburu?!hahaha!).
9.Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.kadang kadang tak seksi pun. tak semua orang rasa diri mereka seksi.mungkin diorg mahu tampil seksi. itu terpulang pada diri masing masing la kan. tak perlu seksi, cukup sekadar sedap mata memandang. tak perlu terlalu menonjol, bukan celebrity pun!.Mungkin juga kerana mahu his man to be proud of her dan tak mahu his man to look at other girls more than looking at her kan??.
Apa yang saya tulis kat atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita lak.(saya pun wanita!saya perempuan!). Cuma bila tahu tentang perkara macamni, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.kan?. kita tak tahu apa yang ada kat depan nanti.
Dari satu pembacaan yang lain pula,
Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki
Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.
1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.
2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.
3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.
Walau bagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.Teguh berdirinya seorang lelaki, dibelakangnya ada seorang wanita. saya tak merujuk pada isteri@awek je. Mungkin ibu, kakak atau adiknya. Siapa tahu?.

0 comments:
Post a Comment