Thursday, January 29, 2009

keperluan saya.kata mereka.

hari ini.sy gembira.sy spent masa sy bersama dia.owh kami mungkin berbeza.tp kami tetap ada persamaannya.hari berganti hari.bulan berganti bulan.sy rasa dekat dengannya.sy tidak tahu apa itu tandanya.tp saya amat berterima kasih kepada-Nya kerana telah meminjamkan sy perasaan suka kepada dia =).berhari hari bersama mereka yang lebih berpengalaman dari saya telah memberikan saya guideline yang susah tapi mungkin boleh dicari andai kita memberi masa kepada semuanya. SEDERHANA.itu penting.itu kata mereka.patut mencari yang TAHU hidup bersederhana.MAHU hidup bersederhana dan PANDAI bersederhana.dalam semua perkara sederhana itu penting.tambahan pula, bagi perempuan seperti saya yang banyak songehnya perlu mencari yang lebih pandai tahu dah mampu control saya.(bolehkah begitu?!).andai bercerita tentang hari esok,pasti semua mahu bahagia segala.tetapi bagaimana hendak bahagia itu dikekalkan sehingga hari hari bulan bulan tahun tahun berikutnya.setiap hari ada perubahan.mungkin garis garis halus dimuka dapat disembunyikan dengan mekap, tapi garis garis halus dalam kehidupan itu tidak mungkin dapat disembunyikan selamanya.cantek, hensem itu mungkin ada yang kata hanya seketika.tp bagi menilainya bergantung dan berbeza beza untuk setiap orang.ada yang hari ini katanya cantek, esok dikatakan biasa saja.tp cantek dalam hati itu lebih bermakna.hensem dari keperibadian itu lebih menambat jiwa.lalu saya putuskan saya mahu yg sederhana.kerana itu lebih bahagia.menerima seadanya kadang kadang hanya meniti di mulut untuk menjaga hati semua.tetapi di dalam hati masih gusar, gundah untuk memikirkannya.mungkin kita terlalu menuntut kesempurnaan.kita mahukan yang perfect.tapi kita tidak tahu perfect itu sebenarnya boleh membawa padah akhirnya.ya, saya tidak pandai menjahit.ya, saya tidak pandai memasak, apatah lagi bercucuk tanam.tapi, ya saya boleh belajar.andai saya ada kemahuan itu.pasti ada jalan.saya perlu mencari yang rajin berusaha.itu kata mereka.mahu meningkatkan kualiti kehidupan bersama.mereka bercakap melalui penglihatan, pengalaman, percakapan dari orang.tetapi saya berharap saya boleh mencari dia dalam hidup saya.ada antara rakan saya sedang dalam dilema untuk meniti hari hari bahagia mereka.bila mereka bercerita tentang itu, sedikit sebanyak menggusarkan jiwa saya.tetapi andai itu pilihan kita, kenapa perlu masih ada tanda tanya.teruskan untuk lebih mengenali dan lebih bahagia hingga hari tua.pendirian diri untuk penting, jangan mudah goyah.perlu ada pendirian yang kuat bersamaNYA kerana DIAlah segalanya.maka saya juga perlu cari yg berpendirian KUKUH agamanya.itu kata mereka.

2 comments:

*SiRibenMerah said...

yeahhh.. btul2... jiwa kacau.. sungguh??

n I'mI said...

sungguh.hahaha~!..bertambah2 kacau